Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Wednesday, March 6, 2013

Asmira Ke Asmara? Bab 24


               Asmara mengeluh buat kesekian kalinya. Air di dalam gelas sudah habis disedutnya. Pandangannya tidak lagi menyapa wajahku. Marah dan kesal atas perbuatan aku yang bertindak sendiri. Aku pula hanya duduk membatu tidak bergerak. Berani buat, beranilah terima padahnya.

            “Hazriq tu sengaja gunakan ibu dia!” Akhirnya terluah juga kata-kata dari mulut Asmara setelah berdiam diri beberapa ketika.

            “Dia pun tak ganggu saya lagi kan? Saya dah ada awak. Biarlah perkara ni selesai dengan cara elok. Mungkin dia dah dapat pengajarannya.” Tingkahku pula.

            Asmara menggeleng kemudian meraup wajah. “Orang macam tu tak akan serik kalau tak kena hukum, Asmira. Dia tak ada hak buat awak macam tu walaupun kalau awak dah jadi isteri dia.”

            “Saya tahu. Tapi…” Aku tidak sempat menghabiskan ayat.

            “Dahlah. Awak dah tarik balik pun. Bila butik awak tu nak start cuti?” Asmara pantas memotong.

            Aku mengerutkan kening. Berfikir sebentar sebelum menjawab. “Hujung bulan ni. Setelah selesai semuanya.”

            “Bagus. Masa awak bercuti panjang nanti kita bertunang. Hujung tahun kita kahwin.”

            Aku terkebil-kebil. Mak ai? Macam tu aje lamaran dari Asmara? Aku tak kisah pun kalau tak romantik tetapi sempoi sangatlah pulak. Tak ada cincin ke, coklat ke?

            “Macam tu aje melamar saya?” Aku tersengih sumbing.

            Asmara tertawa kecil. “Maaflah sayang. Buat keputusan spontan. Niat tu dah ada sejak kita terjumpa semula, tapi tak sangka nak melamar dalam keadaan begini.” Asmara menutup mulutnya.

            Aku juga ikut ketawa. “Saya tak kisah pun. Yang penting awak ikhlas nak kahwini saya.”

            “Tersangat-sangat ikhlas, Asmira. Lama saya tunggu untuk kita bersama semula.” Asmara memegang tanganku yang berada di atas meja.

            Aku tersenyum senang. Terasa penantianku selama ini berbaloi. Mengharapkan Asmara pulang ke pangkuan untuk menyemai cinta bersama.

            “Tak menyesal ke doktor dapat isteri mak andam aje?” Dugaku.

            “Kalau awak tak kerja pun saya tak kisah, sayang.” Balas Asmara serius.

            “Okey.” Jawabku sepatah. Berpuas hati.

            “Mak andam ada degree perkauanan. Siapa tak nak?”

            “Asmara….!!!” Aku menghadiahkannya sebuah cubitan di lengan.


                                                ********************************


“Anak dara saya tu nak sangat dapat sentuhan Cik Dean. Tak boleh ke ambil satu aje lagi majlis?” Puan Zaiton masih mendesak.

            Syaza menelan liur. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Puas ditolak sampai rasa nak berbuih mulut sejak Puan Zaiton masuk kedalam butik ini.

            “Maaf sangat puan. Bukan tak nak, tapi memang saya tak dapat nak bantu.” Syaza tersenyum tawar memandang wajah Puan Zaiton yang mencuka.

            “Kenapa nak bercuti lama? Bos awak nak kahwin?” Soal Puan Zaiton pula.

            “Bos saya ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan. Jadi butik ni tak ada siapa nak uruskan buat sementara waktu.”

            “Tak boleh tangguh ke? Tolonglah…saya tak buat majlis besar-besaran pun.” Rayu Puan Zaiton lagi.

            “Tapi puan…”

            Belum sempat Syaza meneruskan ayat, aku yang keluar untuk makan tengahari bersama Asmara telah pulang ke butik. Sebaik sahaja membuka pintu, kelihatan wajah kedua-duanya tegang semacam.

            “Ada masalah ke Syaza?” Tegurku sambil melemparkan sebuah senyuman manis. Baru balik jumpa buah hati, tentulah hati kembang setaman.

            “Kenalkan ni Puan Zaiton. Dia datang sebab nak ambil perkhidmatan kita untuk majlis anak perempuannya.” Syaza memperkenalkan aku kepada wanita lewat lima puluhan itu.

            Aku menghulurkan salam dan menjemputnya duduk di meja bulat yang disediakan.

            “Bila majlisnya tu?” Tanyaku sekadar berbahasa. Padahal aku memang tidak menerima sebarang tempahan lagi.

            “Bulan depan. Kami buat majlis sederhana aje Cik Dean. Takkan tak boleh ambil lagi?” Tanya Puan Zaiton buat kesekian kalinya.

            Aku mengangguk. “Maaflah puan. Hujung bulan ni butik kami akan ditutup beroperasi buat sementara waktu. Dalam dua tiga bulan rasanya.”

            Puan Zaiton bertukar wajah menjadi sayu. “Anak saya tu teringin sangat nak guna perkhidmatan Butik Renjis masa dia kahwin. Dia kenal Cik Dean masa Cik Dean uruskan perkahwinan abang sepupunya setahun lalu.”

            Aku menelan liur. Ah, jiwa sentimental aku tersentuh. Impian perkahwinan seseorang memang dipandang tinggi oleh aku. Kerana ia adalah kerjaya dan separuh dari kehidupan aku. Kepala aku dongakkan mencari anak mata Syaza. Kami saling berpandangan.

            “Puan tunggu sekejap ye. Saya bincang dengan pembantu saya dulu.” Ujarku dan memberi isyarat agar Syaza mengikuti aku ke belakang.

            “Cik Dean serba-salah ke?” Syaza menggosok sebelah matanya. Mengantuk agaknya selepas makan.

            “Bulan depan majlisnya bila? Awal bulan atau hujung bulan?” Soalku pula membiarkan pertanyaan Syaza tidak berjawab.

            “Kalau tak silap, dalam belas-belas haribulan.” Jawab Syaza sambil berfikir seketika. Mengingatkan butir bicaranya dengan Puan Zaiton sebentar tadi.

            Aku mengangguk-angguk beberapa kali. Mencari idea. “Awak dengan Fizal uruskan boleh? Itu pun kalau awak sanggup. Saya cuma datang andamkan aje masa majlis nanti. Segala urusan saya serahkan pada awak. Fizal macam biasa uruskan khemah, catering dan pelamin. Geng Najwa uruskan bilik pengantin dan meja makan beradab.”

            Terangku pula satu-persatu agar jelas pada Syaza. Aku yakin, selama ini Syaza banyak belajar dan pengalamannya mampu membuatkan dia mahir selok-belok menguruskan sesebuah majlis.

            “Boleh ke saya lakukan tanpa akak?” Soal Syaza tanda tidak yakin.

            “Akak yakin dengan kebolehan Syaza. Lagipun majlis sederhana, bukan besar-besaran. Jangan risau, apa-apa Syaza still boleh rujuk pada akak. Bukannya akak hilang kemana-mana. Ada aje duduk kat rumah.” Aku tersengih sambil menjungkitkan kening.

            “Kalau akak yakin dengan saya, saya akan ambil tugas ni sebagai satu cabaran.” Sahut Syaza dengan senyuman bersemangat.

            “Bagus! Anak didik akak yang paling layak untuk menguruskan butik ni.” Kataku dan menepuk-nepuk bahunya.

            Dahi Syaza berkerut. “Bunyi macam nak bersara aje akak ni?”

            Aku ketawa dan menggeleng perlahan. “Bukan sekarang, tapi sampai masanya nanti.”

            “Hah?” Syaza tidak faham.

            “Dah, dah! Jom, orang tunggu kita kat depan tu.” Kataku sambil melangkah pergi.

            Aku berdehem beberapa kali sebelum memulakan kata. “Okey, puan boleh pilih pakej yang ditawarkan di butik pengantin kami. Majlis tu akan diuruskan oleh pembantu saya.”

            “Tapi, anak saya nak Cik Dean sendiri yang solekkan dia. Tak nak orang lain.” Tingkah Puan Zaiton sambil menjeling kearah Syaza yang berdiri di sisiku.

            Aku tersenyum. “Puan jangan risau. Saya sendiri yang akan solekkan pengantin. Tapi untuk segala urusan persiapan majlis, puan boleh bincang dengan Syaza.”

            Puan Zaiton mula tersenyum senang. Dia mengangguk dan memandang Syaza. “Boleh saya tengok pakej-pakej tu sekarang?”

            “Boleh, boleh. Sebentar saya ambilkan.” Syaza terus berlalu.

            Aku menundukkan sedikit kepala tanda meminta diri. Kaki aku melangkah menuju ke kaunter. Buku log yang berada di dalam laci aku keluarkan dan diberikan kepada Syaza.

            “Catat skali kat situ, awak yang uruskan majlis ye. Nanti dapat income lebih.” Aku tertawa kecil melihat wajah Syaza yang tersipu malu.

            “Harap dipermudahkan percubaan pertama saya ni.” Ucap Syaza berdoa.

            Aku mengangguk. “Jangan risau sangat. Akak tahu Syaza boleh buat sendiri tanpa akak. Suruh Najwa ikut sampai habis majlis. Dia boleh bantu-bantu Syaza jugak. Taklah teruk seorang.”

            Syaza tersengih. “Okey kak. Nak bincang dengan Puan Zaiton sekejap.”

            Aku tersenyum dan duduk di atas permaidani. Bunga-bunga yang perlu digubah bersepah sana-sini. Gubahan bunga-bunga ini perlu diubahsuai untuk dihias pada pelamin dan juga dikiri kanan laluan permaidani merah. Aku mula tekun membuat kerja sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas.

            “Cik Dean, pintu gerbang ni nak letak mana?” Fizal datang menghantar pintu gerbang yang aku tempah pada sebuah kedai. Tidak larat untuk membuat sendiri seperti dulu. Lebih-lebih lagi mood bercuti sudah terasa.

            Aku tercengang seketika. “Siapa suruh ambil hari ni? Saya janji nak ambil hari Jumaat nanti. Simpan kat butik ni memang jadi sempitlah.”

            “Laaa…yeke? Tauke tu yang call suruh datang ambil tadi.” Fizal mengerutkan dahinya.

             “Saya dah cakap awal-awal nak ambil hari Jumaat. Tauke tu memang nyanyuklah. Ni mana nak letak pintu gerbang besar macam ni? Ini untuk majlis kat dewan, bukan kat rumah. Memang pengantin nak lebih besar dari saiz biasa.” Aku menggaru-garu kepala sambil bangun merapati Fizal yang masih berdiri disebelah pintu gerbang.

            “Mak datok! Besarnya kak.” Syaza datang terkocoh-kocoh dari belakang.

            “Tahu tak apa. Pengantin tu yang nak saiz besar macam ni. Sebab tu akak tempah kat kedai aje.” Aku memandang sekilas wajah Syaza yang terlopong sambil mendongak.

            “Patutlah. Kalau saya buat berdua aje dengan akak, tak tidurlah jawabnya minggu ni.” Syaza menggeleng-geleng melihat besarnya pintu gerbang di hadapan butik.

            Aku tersengih. Memang ini kali pertama ada pengantin yang meminta pintu gerbang saiz lebih besar dari sepatutnya. Selagi mampu aku adakan, akan aku turuti kehendak pelanggan. Lebih besar bermakna lebih jugalah bayarannya. No money, no talk.

            “Cepatlah, nak simpan mana ni? Saya kena masuk kerja semula.” Fizal melihat jam di tangannya.

            “Letak ajelah kat ceruk sana. Memang sempit tapi apa boleh buat.” Jariku menuding kearah sudut yang dimaksudkan.

            Fizal dan rakannya terus mengangkat pintu gerbang tersebut dan diletakkan di sudut butik. Kemudian mereka pun meminta diri.

            “Serabutnya butik ni…” Aku mengeluh sambil berdiri tegak memandang pintu gerbang yang tersergam indah.

            Syaza menepuk belakangnya perlahan. “Tak apalah kak. Dua hari aje simpan kat sini. Jumaat nanti dah kena bawa ke Dewan Jubli.”

            “Kalau ada rezeki, bolehlah sewa lot kedai yang lebih besar.” Ucapku sambil tersengih. Aku kembali duduk menyiapkan gubahan bunga-bunga plastik itu.

            “Amin…” Syaza meraup wajah.

            “Assalamualaikum.”

            “Waalaikumsalam.” Aku menoleh dan air liur terus tersekat.

            “Encik ada urusan apa datang sini? Kalau tak ada urusan rasmi, lebih baik keluar. Saya akan telefon polis kalau encik buat kecoh kat sini.”

            Syaza mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek seluar jeans. Aku bingkas bangun dan mengatur langkah laju menuju ke belakang. Ingin mengambil apa-apa yang dirasakan mampu dijadikan ‘perisai’ dari lelaki itu.

            “Dean, sayang…tunggu…” Lembut suaranya mengikuti langkahku dari belakang.

            “Jangan dekat dengan aku!” Perasaan takut aku membuak-buak sehingga mengeluarkan suara yang agak nyaring.

            “Okey, abang minta maaf. Dean, abang datang sini bukan nak apa-apakan Dean.” Hazriq melangkah setapak lagi.

            Aku semakin berundur. “Kau nak apa? Kita dah putus Hazriq. Aku bukan lagi tunang kau.”

            “Abang datang nak ucapkan terima kasih. Dean sudi tarik balik laporan polis walaupun abang dah cederakan Dean.” Hazriq berdiri tegak dengan wajah yang keruh.

            “Dah habis cakap kan? Baik kau balik sekarang.” Suaraku mula kendur. Sedikit demi sedikit keberanian meresap ke dalam tubuh.

            “Boleh kita bercakap sebentar? Buat kali terakhir…” Hazriq merayu.

            “Rasanya semua dah selesai. Tak ada apa lagi yang perlu untuk kita bercakap.” Aku memandang tepat mata Hazriq.

            “Sebenarnya…ibu…ibu dah selamat pulang ke rahmatullah.” Mata Hazriq mula berkaca.

            “Hah?! Bila?” Aku menutup mulut dan tersandar ke dinding.

            “Hari awak datang melawat ibu di hospital. Malam tu, dia…dia meninggal…Dean…” Airmata Hazriq tumpah satu-persatu.

            Begitu jugalah airmataku yang mengalir tanpa segan-silu. Tidak sangka rasa berat hati yang aku rasakan saat itu ternyata satu petanda. Aku sempat mengucup dahi Puan Jamaliah sebelum pulang. Malah aku telah menunaikan permintaannya untuk menarik semula laporan yang dibuat terhadap Hazriq.

            “Kenapa tak beritahu saya?” Soalku lemah.

            Hazriq merapati aku perlahan. Dirangkul dan dipeluknya erat tubuhku. Mulanya aku menolak tetapi aku terlalu lemah dalam esak tangis. Akhirnya aku selesa dipeluk agar menjadi lebih tenang.

            “Terlalu kelam-kabut masa tu sayang. Abang tak sempat nak beritahu. Yang penting, ibu dah bersemadi dengan tenang disana. Kita doakan untuk ibu, ye.” Hazriq mengusap lembut rambutku.

            “Terima kasih Dean. Awak dah menunaikan permintaan terakhir ibu. Abang hargai sangat apa yang Dean lakukan. Maafkan abang, Dean. Maafkan abang.” Hazriq mengucup tanganku berkali-kali.

            “Asmira!” Aku mengangkat wajah. Terkedu.

            “Apa awak buat ni?! Tak sangka…” Asmara terus berlari keluar.

            Aku bangun dan cuba mengejar Asmara. Tetapi ditahan oleh Syaza.

            “Abang datang nak bagi ni. Tertinggal dalam kereta dia.” Syaza menunjukkan beg duitku yang berada ditangannya.

            Aku menyapu airmata di pipi. “Tapi dia dah salah faham.”

            “Nanti Syaza tolong terangkan pada dia ye. Akak jangan risau.” Syaza memeluk bahuku.

            “Dean, abang minta maaf sekali lagi. Abang tak tahu Dean dah ada pengganti.” Suara Hazriq tenggelam-timbul menahan sendu.

            “Takziah untuk awak dan Aina.” Hanya itu yang mampu aku ungkapkan.

            “Takziah atas pemergian ibu Encik Hazriq.” Ucap Syaza juga.

            Hazriq mengangguk perlahan. “Jaga diri, Dean. Abang doakan Dean bahagia dengan dia.” Hazriq terus berjalan keluar dari butik.

            Aku kembali menangis dan cuba ditenangkan oleh Syaza. Sudahlah hati terasa sedih atas pemergian Puan Jamaliah. Asmara pula datang pada waktu yang salah. Mana satu yang perlu aku tangisi juga aku tidak tahu. 
             
           Yang pasti hati ini pilu untuk kedua-duanya.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.... Adddddoooiiiiiiiiii!!! Ingatkn umurxserupa31 tu xkn ganggu hidup Dean lg!! Kacauuu... (smbil tepuk dahi....)Cik Puan penulis.. Saya suka cerita awk nie... Smoga terus maju & d berikn kesihatan yg baik agar ilham dtg mncurah2!! Amin!!

Shizukaz Sue said...

Anonymous: Wsalam..tahniah! dah lama tak jadi pengomen pertama ek hehe letak la nama dlm kurungan bwh komen tu so that blh kenal nama kan if tak keberatan. Tq so much ye sentiasa bg sokongan dan sudi mendoakan shiz. syg sgt3 ^_*

Anonymous said...

ciannya asmira..time cam nie lak nak salah faham..si hazriq ni pon satu..xyah la nak peluk2..nampak sangat mengambil kesempatan..sabar asmira nnti pujuk la asmara ye.. -eil

Shizukaz Sue said...

Anonymous: helo EIL ^_* saja je hazriq nk peluk bakal isteri tak jadi tu..hehe thanks for your comment, terima kasih daun keladi kuang3x