Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Friday, September 14, 2012

Bukan Isteri Pilihan Bab 15


          “Morning,” Aku menyapa Wawa apabila aku melihat dia baru keluar dari bilik air. Rambutnya yang basah digosok perlahan dengan tuala.

            Wawa tersenyum. “Morning. Pergilah mandi lepas tu kita sarapan sama.”

            Aku menggeliat beberapa kali. Kemudian bangun dari katil dan melangkah malas menuju ke bilik air. Tuala yang berada di penyangkut besi aku capai.

            Selepas membersihkan diri, aku keluar dan memakai baju. Kemudian duduk di meja solek untuk berbedak dan merapikan diri serba ringkas. Mata Wawa tidak lepas memandang setiap pergerakanku sejak tadi.

            “Dia ada hubungi kau?” Wawa tiba-tiba menyoal.

            “Siapa?” Aku mengangkat kening sambil tangan menyapu sedikit lip balm di bibir mungilku.

            “En.Suami lah. Siapa lagi.” Wawa menjawab. Mukanya serius mungkin kerana aku tidak dapat meneka soalannya tadi.

            “En.Suami? He he he!”

            “Kenapa pula kau gelak? Orang tanya betul-betul lah.” Wawa menarik muncung. Tidak berpuas hati dengan sikapku.

            “Dulu kita panggil dia En.Tunang kan.” Aku menghabiskan ketawa yang masih bersisa.

            “Sekarang kan dia dah naik pangkat jadi En.Suami.” Balas Wawa selamba sambil muka masih masam mencuka.

            “Tak ada pun. Buat apa dia nak ingat aku.” Balasku pula agar Wawa berpuas hati. Tidak mahu aku melihat muncungnya lebih lama. Bukannya cantik muncung sebegitu.

            “Dia tak takut kau bagi tahu mak kau ke...mama dia ke…” Soal Wawa lagi.

            Aku menggarukan kepala yang tidak gatal sebelum membuka mulut. “Tak kut. Sebab mereka semua ingat kami pergi honeymoon. Tentu mereka tak nak ganggu. Jadi buat seminggu ni aku rasa keadaan terkawal.” Jawabku jujur. Itu memang jawapan terbaik yang aku rasa buat masa ini.

            “Dah start kuliah nanti tentu mak kau call. Tanya itu ini. Confirm!” Balas Wawa yakin.

            “Nanti aje lah fikir. Jom kita sarapan.” Aku bangun dari meja solek dan menuju ke muka pintu. Baru hendak membuka pintu, terdengar telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

            “Nah!” Wawa dengan pantas menghulurkan telefon bimbit yang berada di bawah bantal.

            Aku kalau tidur memang suka letak telefon bimbit di bawah bantal. Senang rasanya hendak dicapai untuk melihat jam atau apabila telefon itu berbakti sebagai jam loceng. Pantas tanganku menekan punat mesej dan membaca ayat yang tertera di skrin.

            Jaga diri baik-baik tinggal sendiri kat kolej. Jaga juga rahsia kita dari keluarga.

            “Hish!! Geram betul aku dengan dia ni. Suka sangat menyakitkan hati.” Aku merengus marah. Dadaku mula bergelora dibadai perasaan yang tidak tahu dimana patut aku lepaskan.

Sudahlah semalam dia langsung tidak kisah tinggalkan aku di kolej kediaman yang sunyi sepi. Musim cuti juga tiada satu kafe pun beroperasi di dalam kampus. Bukan dia tidak tahu aku tidak mempunyai kereta yang mudah untuk bergerak seperti dia. Memang dia sengaja menyusahkan hidup aku. Langsung tidak fikir macam mana aku nak makan, aku tinggal seorang-seorang. Ah, kejam sungguh lelaki yang telah dinaikkan pangkat menjadi En.Suami itu!

Wawa mengambil telefon bimbit dari tanganku. Kemudian anak matanya menari ke kiri dan ke kanan membaca mesej itu beberapa kali.

“Jangan ambil hati sangat lah Aida. Perang psikologi aje ni.” Wawa meletakkan telefon itu di atas meja solek.

“Jom sarapan. Aku lapar ni.” Rengek Wawa pula membuat mimik muka comel dihadapanku. Matanya dikelip-kelipkan beberapa kali.

            “Comel sangatlah konon.” Aku mengejek sambil beriringan melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur.

            “Cantik inai dan corak henna yang Aida pakai ni. Buat kat mana?” Makcik Azizah ibu kepada Wawa bertanya sambil menuangkan air teh panas ke dalam cawan.

            “Kat butik pengantin. Memang dah termasuk dalam pakej yang mertua Aida pilih hari tu.” Aku tersenyum sambil menyambut huluran cawan berisi teh yang berasap nipis.

            “Yelah. Orang putih melepak pakai inai memang cantik. Nampak berseri makcik tengok.” Makcik Azizah mengambil tempat duduk di sebelah Wawa.

            “Alah, mak ni. Wawa pun putih melepak jugak tapi Aida sekarang kan lain. Dia ada seri pengantin baru.” Wawa mengusikku sambil mengenyitkan matanya.

            Aku turut tersenyum tawar. Sememangnya Makcik Azizah mengetahui yang aku baru sahaja bernikah dua hari lepas. Tetapi Wawa memberitahuku bahawa ibunya menganggap perkahwinan aku adalah seperti orang lain. Berkahwin atas dasar suka sama suka.

            “Maaf ye makcik,  tak dapat Aida nak jemput dua hari lepas. Kami buat kecil-kecilan aje. Tapi untuk majlis persandingan nanti makcik kena datang tau.” Aku bersuara lagi sambil memasukkan karipap ke dalam mulut.

            Betul ke akan berlangsung majlis persandingan yang dirancangkan oleh keluarga kami awal tahun hadapan? Aku sendiri tidak pasti sebenarnya. Entah-entah masa itu kami sudah berpisah, siapa yang tahu.

            Makcik Azizah kelihatan menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Tak apa Aida. Makcik faham. Wawa pun dah bagi tahu makcik awal-awal. Lepas ni kamu duduk sekali dengan suami kamu lah ye?” Soal Makcik Azizah lagi.

            Aku menelan liur. Kemudian aku memandang wajah Wawa seperti meminta pertolongan. Otak, cepat fikir! Arahku keras. Namun idea masih belum datang.

            “Er…Aida duduk macam biasa kat kolej rasanya. Family planning…” Wawa menjawab sambil tersengih-sengih.

            Puihhh!! Wawa ni apa punya jawapanlah yang dia bagi pada mak dia. Buat merah muka aku sahaja. Aku mengutuk di dalam hati.

            Makcik Azizah turut tersengih memandang aku sebelum membuka mulut untuk bersuara lagi. “Bagus lah Aida dah pun selamat jadi isteri orang. Wawa ni yang makcik risaukan.”

            “Eh, kenapa pulak Wawa masuk dalam ini cerita?” Wawa menyoal dengan pandangan yang pelik. Nampak sangat riak wajahnya yang terkejut.

            “Menjaga anak dara ni tak sama dengan anak teruna. Simpan lama-lama jadi buah mulut orang. Silap-silap boleh menconteng arang ke muka keluarga.” Terang Makcik Azizah.

            Gulp! Aku dan Wawa saling berpandangan. Terkejut dan mati kata. Serius sahaja topik yang dikeluarkan oleh Makcik Azizah saat ini.

            “Tak baik mak cakap macam tu. Wawa tak mungkin buat benda-benda tak senonohlah mak…” Rengek Wawa manja. Kemudian dia meneguk sedikit air teh yang sudah mulai sejuk.

            “Mak yakin anak dara mak ni pandai jaga diri. Tapi sekarang ni macam-macam kes. Rogol lah, bunuh lah, culik, jual. Eeeiii risau dibuatnya!” Makcik Azizah menggelengkan kepala beberapa kali. Riak risau di wajahnya tidak mampu disembunyikan lagi.

            Aku sekadar menjadi pendengar dan pemerhati sahaja. Tidak tahu untuk mencelah. Biarlah mereka anak-beranak berbual, fikirku.

            “Insyaallah tak ada benda buruk yang berlaku. Mak doakan selalu ye.” Wawa melentokkan kepala ke bahu Makcik Azizah.

            “Mak selalu doakan. Tapi kamu jangan suka merayap tak tentu hala. Dating pun jangan kerap sangat. Lebih elok keluar beramai-ramai. Tak ada jadi fitnah esok-esok hari.” Pesan Makcik Azizah lembut tetapi terselit ketegasannya dalam mendidik anak.

            “Yes bos!” Wawa memberikan tabik kepada ibunya sambil bibir mengulum senyum.

            “Bertuah Aida ada orang nak jaga dia. Nak harapkan teman lelaki Wawa memang makcik tak harap sangat! Nanti lain pula jadinya. Hah, nanti kalau dah cukup duit suruh Alif tu datang meminang. Tak payah tunggu kamu habis belajar. Mak setuju aje.” Makcik Azizah terus bangkit mengangkat cawan ke dapur.

            Wawa mencebikkan bibir. “Mak aku tu mulalah nak merepek.” Dia berbisik perlahan.

            Aku tersenyum sebelum menjawab. “Tak apalah Wawa. Apa yang dia risaukan tu berasas. Dah dapat green light okeylah tu kan? Lepas ni turn kau pulak.”

            Wawa tersipu malu-malu. Aku pula terus mencapai bungkusan nasi lemak dan membukanya. Pantas tangan menyudu nasi ke dalam mulut. Wawa juga melakukan perkara yang sama setelah habis sebiji karipap ditelannya.



Rancangan televisyen sudah tidak menarik perhatianku lagi. Mataku mula layu dan tertutup perlahan-lahan. Mimpi-mimpi indah tidak pernah muncul lagi di malam hari mahu pun di siang hari. Hanya igauan ngeri yang sesekali mengganggu lenaku.

            “Aida! Bangun.” Wawa menggoncangkan bahuku beberapa kali.

            Aku terkejut dan membuka mata. “Hah?” Itu sahaja yang keluar dari mulutku sambil tangan menggosok-gosok mata.

            “Ni! Hadif call kau dah tiga kali tak berjawab. Aku pun baru terperasan masa masuk bilik tadi.” Wawa memberikan telefon bimbitku di atas tapak tangan.

            Aku masih berbaring di atas sofa seperti tidak mahu melakukan apa-apa tindakan. Wawa pula duduk di bawah dan bersandar pada sofa.

            “Call back. Mungkin penting.” Kata Wawa sambil menatap mataku yang masih kuyu.

            “Telefon aje Aida. Suami kamu rindu agaknya. Yelah, baru dua hari menikah dah terpaksa berjauhan.” Makcik Azizah pula mencelah dari sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan juga ruang tengah.

            Kelihatan Makcik Azizah keluar dari ruang tengah dengan membawa bakul baju yang telah siap dilipat. Wawa ada memaklumkan pada aku yang dia terpaksa menipu mengatakan Hadif mengikuti lawatan wajib untuk subjek semester ini. Perkara itu juga bukanlah luar biasa kerana sudah dua semester kami turut terpaksa mengikuti lawatan wajib untuk mendapatkan markah kerja kursus bagi sesuatu subjek yang diambil.

            Perlahan aku bangun dengan rasa malas. Aku menunjukkan isyarat tangan kepada Wawa bahawa aku mahu masuk ke dalam bilik untuk membuat panggilan. Wawa sekadar mengangguk sebagai jawapan.

            “Tutt! Tutt!”

            Ah, mengarut! Orang sekarang dah pakai caller ringtone kau masih pakai bunyi tut tut. Boring betul. Dalam debaran yang semakin kencang untuk menunggu panggilan berjawab sempat lagi aku mengutuk di dalam hati.

            “Hei kau pergi mana hah?!” Satu jeritan bingit menusuk ke telinga aku.

            Sah! Dah lah biadab tak pandai bagi salam. Ada hati pula nak tengking aku. Otak tiga suku punya Hadif.

            “Assalamualaikum.” Aku memberi salam namun nada suara aku tekankan sedikit agar memberi kesedaran pada tuan punya badan di hujung talian.

            “Waalaikumsalam. Aku tanya kau pergi mana?” Soal Hadif dengan suara sedikit kendur namun masih dalam nada yang tegas.

            Aku menarik nafas dalam-dalam. “Nak marah-marah ni kenapa sayang?” Soalku pula sengaja memanjakan suara. Aku sengaja mahu mengusik Hadif. Wekk! Aku sendiri geli tekak menyebutnya.

            “Tak payah nak bersayang dengan aku! Aku tanya kau pergi mana?!” Hadif mula meninggikan suara semula. Bengang kerana aku masih belum menjawab soalannya dari tadi.

            “Tak kemana-mana.” Jawabku pendek.

            “Kau jangan bohong. Aku datang tadi kau tak ada kat bilik kan? Lama aku tunggu kau tak balik-balik.” Bentak Hadif kasar. Nampaknya marah Hadif benar-benar serius.

            “Kau naik bilik aku ke?!” Aku terjerit kecil. Mana boleh lelaki naik blok perempuan. Tak kan itu pun aku nak ajar?

            Terdengar ketawa bernada menyindir. “Kau ingat aku bodoh ke? Aku suruh kerani pejabat kolej kau naik check lah. Dia kata bilik kau kosong. Memang tak ada tanda kau balik bilik tu.”

            Mati aku! Aku telan liur yang terasa kering di tekak. Eh, buat apa pula nak takut? Aku bukan buat salah apa pun. “Aku tidur rumah kawan.” Akhirnya ayat itu yang keluar tanpa aku berfikir panjang. Buat pening kepala aje nak corner sana sini.

            “Kau patut bagi tahu aku mana kau pergi! Menyusahkan orang aje yang kau tahu.” Bentak Hadif lagi.

            Eh! Ni dah melebih-lebih nampaknya. Aku tidak boleh berdiam lagi. Jangan ingat senang aje nak pijak kepala aku.

            “Kau pesan semalam kata aku dengan hidup aku, kau dengan hidup kau. Rasanya apa aku buat sekarang ni tak salah. Aku tengah buat hidup aku lah ni.” Aku berkata dengan sinis. Darah mula mendidih membakar segenap pembuluh darah.

            “Hal-hal penting kau kena bagi tahu. Ingat tu!” Pesan Hadif.

            Aku mengerutkan dahi. Pulak! “Mana aku tahu hal ni hal penting.” Laju aku membidas kata-katanya. Ah, Aida Nasuha kau memang kuat menjawab dari dulu. Tak nak kalah.

            “Ada apa kau datang cari aku?” Segera aku bertanya soalan yang bermain di fikiran aku dari tadi. Tidak mahu berlama-lama bertekak dengan lelaki ini.

            “Aku datang hantar makanan kat kau.” Jawapan Hadif membuatkan aku menutup mulut. Biar betul? Aku tak salah dengar?

            “Buat apa?” Aku bertanya. Nada suaraku mulai kendur.

            “Mana ada kafe buka musim cuti.” Hadif menjawab pendek. Tanpa dapat ditahan bibirku mengulum senyum mendengar jawapannya. Pandai juga lelaki sombong ni mahu mengambil berat.

            “Kenapa kau tak hantar makanan untuk aku malam tadi?” Aku mencuba nasib untuk melihat reaksinya.

            “Aku hantar kereta kat bengkel tadi jadi aku hantar makan tengah hari aje. Bila kau nak balik?” Eeeiii….risau kat aku ke? Aku sudah tersenyum lebar. Darah yang tadi mendidih serta-merta turun suhunya.

            Walaupun dia tak hantar makan untuk malam tadi, sarapan untuk pagi tadi tapi sekurang-kurangnya dia hantar makan tengah hari untuk aku. Maknanya dia tidaklah seburuk yang aku sangkakan, betul tak?

            “Erm…terima kasih ye. Tak perlu susah-susah. Aku duduk sini sampai habis cuti. Duduk seorang kat sana pun buat apa.” Aku menjawab sambil tersenyum manis. Walaupun aku tahu bukan Hadif boleh nampak pun senyuman aku ni. Lainlah kalau dia nak 3G dengan aku. Sudi ke?

            “Kat mana rumah kawan kau?” Hadif bertanya lagi. Aku rasa gelaran En.Suami sudah boleh ditukar kepada En.Soal. Banyak sangat soalan dia bertubi-tubi.

            “Jitra.” Jawabku sepatah.

            “Ikut suka kau lah.” Talian dimatikan tanpa sempat aku berkata apa-apa.

            Aku terus menghempas badan di atas katil. Mata ku pejamkan rapat-rapat. Ada bunga-bunga meresap ke dalam hati. Ingatkan dia tak kisahkan aku langsung. Rupanya baik juga hantarkan makanan untuk aku. Kalau layan elok-elok tak adalah aku ni stress memanjang. Aku tersenyum senang.

***Pecah kaca pecah simen,
      Sudah baca harap komen =) 

9 comments:

Yin Areesa said...

En. Suami ter, pasni En. Soal... Pehtu En. Sayang lah pulak...
Tadi akak terjumpa PM Asmeh Bee kat Alamanda, dgn anak dia. Tak sempat nak tegur, kenal kan makchik tu?

Shizukaz Sue said...

kenal..pernah ada paper dgn dia..very strict bab markah..tp cara mngajar mmg mabeles..mudah faham hihi

kak ida said...

kesiannya seorg anak yg bernama Aida..berkahwin dengan pilihan keluarga tapi bukan pilihan si teruna..Jahatnya suaminya meninggalkan nya dikolej sudah tentu tidak berpenghuni sedangkan dia mungkin sdg berjimba jimba dengan kawan kawan dia dan mungkin duduk dihotel.. Kemana kah nanti hala tuju perkahwinan mereka ini..

Shizukaz Sue said...

Memang ramai yang simpati pada nasib Aida Nasuha ni..terima kasih meluangkan masa membaca novel saya..nak tahu kemana hala tuju perkahwinan mereka, ikuti kisah ini sehingga tamat =)

Unknown said...

Suka citer ni....xsabar nk tggu nest n3... :)

Shizukaz Sue said...

tQ anna kerana mbaca novel saya..=) teruskan myokong dan mngikuti cerita ni..hihi

Unknown said...

baik jugak en suami ni yek..
ada bunga2 cinta dah tu..makin lama makin best cerita ni lah..hehehe..

Anonymous said...

suami dia ni egoo. nak2 tapi marah2 haha

Anonymous said...

cite yg menarik..apa kata jdkan aida seorg yg lembut plak..kot2 bole hadif tangkap cintun..heh..