Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, July 27, 2015

Jadilah Pejuang Sejati!



Assalamualaikum dan salam muhibbah untuk semua.....

Selamat Hari Raya shiz ucapkan kepada semua pembaca blog ni tidak kira pembaca tetap mahupun yang tersinggah...maaf zahir & batin segala kekhilafan diri secara nyata mahupun di alam maya... :) 
mudah-mudahan kita berjumpa lagi dengan Ramadhan dan Syawal untuk tahun yang mendatang jika dipanjangkan umur...

Entry ni special sikit untuk seseorang yang email shiz pada bulan puasa hari tu. Tapi shiz rasa elok juga share kat sini dan semua orang boleh baca untuk dapat sedikit manfaat insyaallah...

Untuk kamu: Pahit dan perit ke, merana ke, bahagia ke, cuma kamu sahaja yang merasai...so sayangilah diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu fikirkan tentang orang lain. Kamu tidak mampu membahagiakan orang jika diri kamu sendiri tak bahagia. Kamu tidak dapat memberi apa yang kamu tidak ada. So kamu kena kembali bersemangat, penuhi jiwa dengan kasih sayang, penuhi akal dengan perkara yang baik-baik dan semuanya akan terasa lebih mudah.


1. Berpuasa

Anda sedih? Anda kecewa? Patah hati? Rasa nak bunuh orang? Masalah kerja? Masalah cinta? Masalah keluarga? Apa jua masalah akan datang...mana ada manusia yang kalis musibah? Betul tak? Doktor pun boleh jatuh sakit, so pegawai psikologi pun banyak masalah nak kena fikir dikkk nooon :) Tapi bila kita berilmu, kita akan lebih cepat 'pulih', cepat 'bangkit' dari orang yang tak berilmu. Kita hadapi dengan tenang dan wajar. Itu bezanya. Ok boleh cuba cara ni dengan berpuasa. Kerana perasaan juga boleh dikatakan salah satu cabang nafsu. So nafsu nak sedih, nak marah, nak kecewa bunuh diri dapat dihindarkan/dikurangkan. Puasa. Niat kena betul. Untuk mencari redhanya Allah. Tenaga kurang masa puasa, so stop menangis. Simpan tenaga nak bekerja sampai ke petang kan. Lagipun orang tengah berduka memang tak selera makan. So lebih baik berpuasa.


2. Zikir

shiz bukan ustazah. shiz pun dulu free hair masa zaman study. Tapi tu bukan alasan. Jiwa kita, roh kita tetap Islam. Bila rasa seolah satu dunia menentang kita, ingatlah kita punya Allah. Dia lebih berkuasa dari berjuta umat dalam dunia ni. 1 juta manusia suka anda tak berguna kalau Allah tak suka. Tapi hidup sangat bermakna kalau Allah sayang biarpun 8 juta orang tak suka pada anda. Trust me! Semua urusan akan mudah. Berzikir adalah ubat penenang paling mujarab. Beli alat pengira zikir tu yang ketik ketik bila ditekan..ada nombor berapa jumlah dah zikir hari ni ;) lagi bagus baca sampai tertidur. Kat tempat kerja pun boleh berzikir dalam hati sambil buat kerja...nak seribu daya...anda akan tenang, rasa belonging yang tinggi...


3. Solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat istikharah, bacaan yaasin

Jujurnya shiz solat hajat bila nak exam upsr, pmr, spm dan stpm. Selain dari tu memang tak buat. Tapi dulu masa di universiti pernah diberi dugaan yang sangat hebat...besar impaknya keatas keseluruhan hidup ini...masa itulah shiz bermula amalkan solat-solat sunat diatas. shiz akan tidur dulu kemudian kunci jam pukul 3 pagi. Mulakan dengan solat sunat tahajjud, kemudian solat taubat, solat hajat, solat istikharah dan setelah selesai semua, baru baca yaasin.  Anggaran masa dalam 45 minit - 1 jam. Lagi bagus baca sekali dengan terjemahan surah yaasin. Biar betul-betul dapat mengubat jiwa yang lara kerana surah yaasin ini mampu mengenyangkan perut yang lapar, melegakan tekak yang dahaga dan bermacam lagi. Shiz dulu mendalami maksud surah yaasin agak lewat pada umur 21 tahun. Setiap kali mendalami maksudnya, bergetar seluruh jiwa dan menitik airmata...itu pengalaman peribadi shiz lah. Solat hajat tu pula bergantung berat mana hajat kita...tapi shiz selalu buat 3 malam berturut...kalau masih rasa berat, buatlah 7 malam berturut. Bukan mudah shiz yang jenis suka tidur ni bangun setiap 3 pagi untuk solat sunat. Sumpah tak mudah! Tapi nak ke tak nak?? Ini soal hidup kita...bahagia derita kita...so buatlah demi mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupan insyaallah. Mungkin penyelesaiannya bukan seperti yang kita harapkan atau impikan tetapi terimalah itu sebagai yang terbaik untuk diri, agama, dunia & akhiratmu kelak.


4. Sedekah

Tak perlu banyak. Cukup 20 sen setiap hari pun dah memadai. Bagi kepada kanak-kanak yang anda jumpa. Mungkin di kedai runcit, di tandas awam dan sebagainya. Dan selalu beri lebih untuk bahagiakan orang. Contoh nak pergi kerja naik teksi. Oleh kerana pakcik teksi tu bawa berhemah dan anda pun sampai dengan selamat malah punch card tak merah pun, berilah lebih sedikit. Harga tambang RM6.30, berilah RM7 tanpa meminta baki. Nak beri RM10 lagi bagussss. Selalu amalkan berkata takpe, simpanlah bakinya ;) Insyaallah akan meringankan kesulitan hidup yang anda alami. Lebih-lebih lagi orang yang takda masalah kewangan...cuma banyak dugaan dari bentuk yang lainnya. Boleh amalkan. Anak anda nakal pun boleh amalkan...dan berdoa Allah beri pertolongan kepada kita dalam mendidik anak yang soleh dan solehah.


5. Beri kebaikan sebanyak yang boleh

Ehhh bukan sedekah lagi....memberi ada banyak cabang. Beri dorongan, beri perhatian, beri kasih sayang, beri sokongan dan macam-macam lagi. Buka telinga dan mata...lihat kehidupan orang sekeliling. Anda akan nampak hari ini wajah siapakah yang muram, siapakah yang suka bercakap tetapi kelihatan senyap dan berlainan, dan pelbagai perubahan biasa yang berlaku pada setiap manusia. Jika ada teman-teman yang muram, tegurlah dan berikan senyuman. Tunjukkan sikap prihatin. Pinjamkanlah telinga kepada mereka yang memerlukan dengan niat yang baik. Bukan niat nak tahu kisah peribadi orang kemudian sebarkan sampai satu ofis tahu! hehe itu lain habuannya pulak :p Anda tidak akan tahu betapa besarnya sokongan dan dorongan untuk meneruskan kehidupan. Kes MH370, anda ingat wang berjuta ringgit dapat menggembirakan hati mereka yang kehilangan insan tersayang? Tiada ertinya lagi. Tapi dorongan dan sokonganlah yang akan membuatkan mereka terus hidup...terus bertahan di atas bumi Tuhan ini. Sama juga orang yang nak bunuh diri...takkan nak cakap aku bayar kau sejuta tapi kau jangan bunuh diri. Ada dia kesahh?? hehe so sokongan dan perhatian kita itu amat besar pahalanya jika dapat menyelamatkan satu nyawa...kerana kata-kata kita, kasih sayang dan semangat yang kita berikan, dia akhirnya menjadi seorang yang lebih bahagia...masyaallah...beribu kebaikan akan melimpahi kehidupan anda hendaknyaaaa sebagai balasan...amin

So cukuplah 5 perkara asas yang boleh shiz kongsikan disini. Boleh aplikasikan tidak kira masalah apa yang anda hadapi, insyaallah dapat meringankan beban perasaan yang anda alami. Nampak mudah, dan lebih kurang sama tips dengan orang lain tapi inilah resepi yang shiz amalkan sejak zaman universiti sampailah sekarang. Masalah memang tiada habisnya tetapi jadilah pejuang sejati, yang sentiasa tabah dan kuat melayari onak ranjau kehidupan...sebab yang paling utama sekali shiz perlukan ketenangan...kerana ia tidak boleh dibeli kat mana-mana. Kalau tak tenang, tidur tak lena...makan tak selera...serba tak kena...deritalah jawabnya. Tapi kalau jiwa tenang, masalah belum selesai pun boleh senyum lebar...fikiran rasa lapang...hati rasa syukur dan gembira...barulah boleh cuba cari solution secara waras...insyaallah

Good Luck!

No comments: