Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, November 9, 2014

IQRA'

Bermaksud bacalah...

So jom tanamkan balik minat membaca macam zaman kanak-kanak dulu...





Membaca memang satu pengembaraan yang sangat hebat! Jujurnya shiz rasa tenang, damai, nyaman dan macam2 rasa yang indah bila duduk menghabiskan waktu dengan membaca. Bilik bacaan dengan lagu sentimental umpama syurga kat rumah..for me la..kalau orang tak minat memang rasa boleh gila hehe

Jom mulakan dengan dua buku diatas. Tun Mahathir atau Tun M memang idola shiz dari zaman kanak-kanak. Siap cari tarikh lahir dia bila, makanan kesukaan dia, bla bla. Tapi bila dah makin dewasa, cuba memahami corak pemikiran dia pulak. Cara dia berfikir memang superbbb! Kagum tahap gaban. Kita tak bercakap soal parti apa yang diwakilinya ye tapi sebagai seorang insan shiz rasa dia memang satu dalam sejuta. Unik dan hebat!

Tun M rupanya kelakar dan berjiwa luhur...benda-benda kecik pun boleh buat dia teruja. Hidup kalau susah nak rasa teruja rugi la kan? hehe setelah habis baca buku tu (982 muka surat tau!) boleh disimpulkan dia seorang yang menikmati kehidupannya secara optimum. Sampai dia tidur selepas lunch pun dia rasa itu satu kebolehan. 

Chicken Soup For The Soul..tajuk je dah gempak. Soul pun nak makan jugak ye dak. Shiz beli dua jenis yang ni tapi satu je baru habis baca. Lagi satu belum sentuh pun. Kisah Angela Sayers atau Angie paling menyentuh dan memberi impak pada shiz. Berulang kali shiz baca tulisannya..hayati setiap kata-katanya..dan dia meninggal dunia pada 15 Julai 2011 sewaktu buku ini sedang disiapkan. Kagum dengan ketabahan seorang gadis remaja yang menghidupkan semangat KEBAHAGIAAN sehingga kehujung nyawa, sentiasa berfikir perkara yang baik-baik dan bersyukur. Walaupun berlainan bangsa dan agama, tetapi moralnya patut dicontohi.

rest in peace : Angie.....


No comments: