Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Sunday, August 3, 2014

Salam Lebaran!

Bismillahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum dan salam segala salam,

Maaf kerana terlalu lama menyepikan diri, kerana ada komen2 yang tidak dapat dibalas, ada pertanyaan yang tidak berjawab dan sebagainya. Shiz belum berhenti menulis. Masih mengumpulkan saki baki kekuatan untuk ketabahan hari esok. Ye Shiz mengalami peristiwa pedih iaitu kehilangan ayahanda tercinta akibat kemalangan jalanraya. Arwah ayah meninggal dunia di tempat kejadian. Mungkin sebab itu semangat Shiz belum pulih, kekuatan Shiz masih rapuh, keredhaan itu masih tenggelam timbul. Kami sekeluarga masih berusaha kearah itu sebenarnya walau luaran nampak tenang. Antara ujian Allah adalah mengambil seseorang yang kita sayang. Some people think that to be strong is to never feel pain..in reality the strongest people are the ones who feel it, understand it and accept it! 


Memang lama...makan masa...tapi kita sentiasa punya Allah kan? Insyaallah bila Shiz dah bersedia, Shiz akan menulis balik. Lagipun ada la beberapa perkara besar yang Allah beri dalam hidup Shiz sebelum dan selepas arwah ayah tiada. Allah sentiasa Maha Pemurah dan Penyayang...tidak terhitung nikmatNYA untuk kita dimuka bumi ini. Apa yang penting? DOA. Allah tahu apa yang terbaik. 

Shiz akan update Bukan Isteri Pilihan (BIP) sampai habis dalam blog ni. Maaf kepada mereka yang teringin memeluk bukunya kerana bukan rezeki. BIP adalah kisah benar namun bukan happy ending macam dalam novel. Tapi, tempiasnya mereka dah bahagia. Kadang2 ada harga yang patut kita bayar untuk mendapatkan sesuatu kan? Biarlah manuskrip itu tinggal sejarahnya saja...untuk dikenang2...So insyaallah Shiz akan update dalam minggu ni sikit demi sikit. 

 Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung. Shiz tak sempurna, hanyalah seorang hambaNYA yang tidak berdaya. Ampun maaf dipinta untuk apa jua kekhilafan. 


                                                      3rd Syawal -LotusDesaru-
                                              Salam Sayang dari Shiz, Hubby & Rara

                                                                  



1 comment:

ejulz said...

salam lebaran.. :)

Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih