“Sementara
pihak juri memberikan markah, kita mempersilakan bintang undangan pada malam ini
yang akan menyampaikan sebuah lagu nostalgia Azian Mazwan Sapuan, Rumah Kecil
Tiangnya Seribu. Berikan temukan gemuruh kepada juara tahun lalu, Aida Nasuha
Iskandar!” Laung pengacara majlis pada malam ini.
Tepukan
bergema dengan kuatnya apabila aku mula melangkah ke pentas. Malah semakin
gemuruh apabila melihat perutku yang hamil enam bulan. Di pentas inilah aku
meraih gelaran Juara Nyanyian Bakat Baru pada tahun lepas. Aku mula aktif
menyanyi kembali hanya sekadar mengisi masa lapang agar sentiasa sibuk dengan
urusan harian. Akhirnya telah membawa aku ke pentas ini. Tempoh masa selama
setahun banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar. Berkat
kesabaran kami, kini aku kembali hamil dan bakal melahirkan anak kami dalam
jangka masa tiga bulan lagi.
“Mungkin
ramai anak muda sekarang seusia saya yang tidak mengenali lagu nostalgia ini,
namun ia merupakan salah satu lagu yang menjadi kegemaran saya. Hayati lirik
indahnya dan semoga terhibur.” Ucapku sebelum memulakan persembahan.
Rumah
kecil tiangnya seribu,
Rumah
besar tiangnya sebatang,
Waktu
kecil kau ditimang ibu, dewasamu dipukul gelombang…
Berhijrah
ke alam remaja,
Menguji
ketabahan jiwa,
Tiada
seindah impian, sesungguhnya hidup perjuangan…
Cabarannya
tetap datang,
Umpama
laut bergelombang,
Yang
gagah akan berdiri,
Yang
lemah akan ke tepi,
Berjaya
disanjungi, kecewa dibenci,
Begitulah lumrah manusia, agar kau tak kecewa…
Berhijrah ke alam remaja,
Menguji ketabahan jiwa,
Tiada seindah impian, sesungguhnya hidup perjuangan…
Tepukan bergema lagi setelah aku selesai membuat
persembahan sebagai penyanyi undangan di pertandingan yang telah mencatat
sejarahnya tersendiri dalam hidupku. Pertandingan yang dianjurkan oleh pihak
universiti ini telah memberikan peluang untuk mahasiswa dan mahasiswi sepertiku
menunjukkan bakat yang ada dalam diri mereka.
“You’re the
best!” Akma dan Ema terjerit kecil sambil mencium pipiku.
“Sayang hebat! Dah enam bulan hamil pun masih tak
semput menyanyi.” Giliran Hadif pula mencium dahiku sambil tangannya menyentuh
lembut perutku. Hadif membelai penuh mesra agar anak yang berada di dalam
kandunganku ini juga mengetahui bahawa dia terlalu disayangi.
Aku tersenyum senang. Fayyad pula menaikkan ibu
jarinya kepadaku dan kemudian melirik manja gadis di sebelahnya.
“Aku bangga dengan kau.” Wawa tersenyum dan kemudian
saling berpandangan dengan buah hatinya itu.
Selain daripada aku dan Hadif yang
tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata kami, sahabat-sahabatku juga berasa
teruja untuk turut serta dalam proses ini. Apabila Hadif terlalu sibuk, Akma
dan Wawa yang akan menemani aku untuk pemeriksaan bulanan. Kadangkala Ema dan
juga Fayyad. Mereka silih berganti membantu kerana komitmen sebagai pelajar
membataskan untuk kami menghadapinya berdua tanpa sebarang bantuan. Malah sejak
akhir-akhir ini kami kerap membeli-belah barangan keperluan bayi bersama. Aku
bersyukur kerana semuanya dalam keadaan baik dengan adanya sahabat-sahabat sejati
seperti mereka.
“Qurratun
Zaura.” Serentak aku dan Hadif menyebut nama puteri kami yang telah selamat
dilahirkan sejak semalam. Bayi perempuan seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan
sihat dengan kaedah bersalin normal.
“Nak panggil apa ni si bucuk comel?
Geramnya tengok pipi dia, montel!” Wawa mencuit pipi si kecil yang sedang
nyenyak tidur.
“Aku dan Hadif nak panggil dia
Zaura.” Jawabku sambil tersenyum manis walaupun keadaan masih lagi lemah.
“Helo Zaura!” Fayyad juga sibuk
mencuit pipi Zaura dan menciumnya. Mereka semua seronok berjumpa dengan Zaura,
ahli baru dalam keluarga kami.
“Amboi seronok ye tengok baby. Jangan tunggu lama-lama Fayyad,
nanti dikebas orang.” Usik Hadif sambil mengelus-elus kepalaku yang masih
bersandar di kepala katil.
Wawa tersenyum malu-malu manakala
Fayyad pula mengangguk penuh makna. Siapa menduga dalam pada mereka semua sibuk
membantu aku dalam kehidupan seharian, Wawa dan Fayyad boleh jatuh cinta.
Perasaan itu berkembang secara senyap-senyap sehingga akhirnya mereka
berterus-terang bahawa ada hubungan istimewa yang terjalin antara mereka
berdua. Berita itu pastinya disambut baik oleh aku dan Hadif. Aku yakin Wawa
gadis yang tepat untuk membahagiakan Fayyad.
“Aida pun dah tak sabar nak Wawa
jadi sepupu.” Tambahku pula sengaja ingin melihat reaksi pasangan yang sedang
hangat bercinta.
“Insyaallah, akan menyusul berita
baik dalam waktu terdekat.” Jawab Fayyad sambil memegang erat tangan Wawa.
Wajah Wawa bercahaya dan berseri mendengarnya.
“Serius?” Akma mencelah seperti
tidak percaya. Wajah Fayyad dan Wawa dipandang silih berganti. Fayyad
mengangguk lagi. Kali ini dia memandang Wawa disisinya dengan penuh kasih.
“Alahai, nampaknya aku juga yang
lambat kahwin. Iman tahun depan baru balik Malaysia. Nak kahwin jugak…” Keluh
Akma sambil memuncungkan mulutnya. Semua yang ada disini ketawa kelucuan
melihat telatah Akma yang tidak berubah sejak dulu.
Aku
yang melihat kemesraan Wawa dan Fayyad tidak dapat menyembunyikan senyum.
Sungguh aku berasa lega kerana Fayyad mendapat gadis sebaik Wawa yang dapat
membalas cintanya. Semoga mereka berdua akan merasa kebahagiaan seperti mana
aku merasainya bersama Hadif.
Zati
yang masih lagi menjalani hukuman pernah mengirimkan aku sepucuk surat. Dalam
banyak perkara yang ditulisnya, aku tertarik dengan perenggan akhir surat
tersebut:
Apa
pun alasannya, bagaimana pun terjadinya, jodoh itu telah tertulis di loh
mahfuz. Kita sebagai manusia perlu menerima setiap ketentuan sama ada pahit
atau manis dengan hati yang terbuka. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan
kerana percaturan itu telah diatur untuk melihat sejauhmana keimanan kita
terhadap qada’ dan qadar. Terima kasih kerana menyedarkan saya tentang semua
itu. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.
Aku
memanjatkan syukur kepada Allah atas setiap dugaan yang diberikan. Hasilnya
kini aku mengecapi kebahagiaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Walaupun aku bukanlah isteri pilihan, tetapi kini akulah permaisuri dihati
Hadif. Allah berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. ‘Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui (Surah Al Baqarah : 216).’
Wajah
Zaura aku pandang lagi. Terima kasih Ya Allah, kerana memakbulkan doaku selama
ini. Jadikanlah dia zuriat yang menyejukkan mata dan menyenangkan hati kedua
ibu bapanya. Hiasilah dia dengan akhlak yang mulia. Semoga keluarga kami
sentiasa diberkati dalam limpahan rahmatNya. Amin….
~Tamat~
15 comments:
Salam Shiz... Setelah lama menyepi diri, rupanya dlm diam BIP kembali d coret... thx 4 a beautiful story!! Di harapkn sis akn terus berkarya... All the best!! Chaiyookk... Fighting... Banzaii.... hehehe! - nyss
wsalam nyss..sory sgt lama tak bukak blog..hehe thanks sgt2 sbb masih sudi bukak n baca blog sy..:) take care!
Asslmualaikum... S. Sue :) dh lama tunggu smbungn BIP kelmarin, hari ni marathon bab 31-59 tamat :) suka jln cerita Hadif n Aida ada pengalaman Dan pengajaran tenang kehidupan <3 pengarapan yg ringkas mudah faham luv it...terus berkarya yeaaa
Wat la special n3...
Best la krya akak..Daebak!!!👍
Citer ni mmg best..tq.
Pengolahan yang baik.jalan cerita yang menarik .harap sis akan terus menulis cerita yang boleh membawa pengajaran kepada semua pembaca.
Terima kasih pengomen tanpa nama semua dan Norazuha Mohd Yunus...Insyaallah saya akan cuba menulis sesuatu agar dapat diambil sedikit sebanyak buat pedoman. Sebab saya sendiri suka membaca bila rasa tiada semangat. Semangat dan motivasi itu umpama belon. Apabila ditiup, kembanglah ia. Lama-kelamaan akan mengecil jua. So harapan saya dengan membaca kisah-kisah dalam blog ni dapat menaikkan semula semangat kita dlm kehidupan seharian. mudah-mudahan.
Jauhariatul Hidayah Johar: memang shiz nak sangat buat special n3..mesti orang lain pun rindu BIP..email pun sampai kini dapat kebanyakannya tentang BIP hehe tapi buat masa ni shiz tgh siapkan Bila Bulan Berwarna Biru. Kisah Vickness dan Adani Sariyyah. Lagipun klau special n3 tak kebabommm kecewalah pula kan..kuang3x..cer bg idea.. :)
terbaik lah writer...ingat nak blogwalking tapi terjumpa BIP terus nak baca..saya marathon dari bab 1 sampai habis...jalan cerita yg mudh difahami dan bagus...tahniah
hajar harani: thanks sebab sudi baca :)jemput baca kisah2 yg ada disini..
Sangat best...saya tak pernah belajar sampai u..tapi dapat saya gambarkan kehidupan pelajarnya lebih lagi pd yg bekahwin masa belajar
Anonymous: thanks sudi beri feedback :)pengalaman adalah untuk dikongsi bersama agar dapat membuka perspektif baru dalam diri seseorang..saya rasa gembira apabila pembaca saya dapat merasainya..terima kasih sudi baca BIP
love the story..
Tak sengaja jmpa blog ni, terus marathon hingga cerita tamat. Hanya mampu katakan bestnya...kisah ni kipidap shiz
Post a Comment