“Adani...janganlah
buat I like this, please...” Penuh tekun anak matanya mencari anak mataku
yang tidak mahu bertentang.
Aku merengus keras. “Buat apa? I dah cakap please stay away. Yang you nak
degil sangat dah kenapa?”
Vickness cuba memegang bahu aku
tetapi dapat segera ditepis. Akhirnya dia hanya berdiri dengan memegang palang
tangga.
“Sumpah demi Allah, I rindukan Thea...” Suara Vickness bagai
tenggelam timbul. Terasa tersekat di kerongkongnya mungkin.
Aku menoleh. Wajah yang tadinya
seakan mahu aku baling dengan selipar akibat terlalu geram kini aku tatap penuh
sayu. Walaupun perkataan Allah yang disebut Vickness agak berlainan sedikit
namun aku faham akan maksudnya. Yelah, perkataan yang jarang disebut tapi kalau
polish sikit lagi dah okey lah tu.
“Vick...listen here. I bukan
berniat buruk pada you. Tapi Althea
tak patut terlibat dengan semua ni.” Aku sudah mula berlembut.
“I
betul-betul sayangkan Thea macam anak I
sendiri. Macam mana you boleh sanggup
halang kami dari berjumpa?” Vickness tertunduk memandang lantai.
Bunyinya macam aku ini seorang yang
kejam. Aku menarik nafas dalam-dalam akibat rimas berada disini lama-lama dan
sedikit berbahang. Apa aku nak cakap dengan mamat ni? Berterus-terang, sudah.
Menipu, lagilah dah banyak dosa aku kumpul terhadap dia.
“Err...macam mana kalau one day nanti I kahwin? Sampai bila you perlu
ada dalam kehidupan kami. I mean...I
mean...hope you can understand what I mean kan?” Tersasul-sasul aku untuk
menyusun ayat agar kedengaran agak meyakinkan. Fuhh!
Vickness perlahan berdiri dan
merapati aku semula. “I tak pernah
sukakan sesiapa macam mana I sukakan you. I
tak pernah lupakan you sejak kita
kenal. Memang I salah sebab
tinggalkan you dulu tapi I tak sangka you kahwin secepat tu? Kenapa you
tak tunggu I? You mengandungkan Althea right? Althea tu anak kita kan?”
Soalan-soalan Vickness membuatkan
nafas aku sesak. “Gila! Althea tu bukan anak you.”
Aku segera melangkah ingin terus
naik ke atas. Banyak lagi kerja yang harus aku selesaikan sebelum pulang.
Adakah dengan duduk ditangga ini dan mengungkit kisah lama akan memulihkan
keadaan? Sama sekali tidak.
“I
akan jerit biar semua orang tahu Althea tu anak kita kalau you terus bergerak.”
Keras bunyi ugutan itu membuatkan
aku segera termati langkah. “Jangan jadi bodohlah Vick. I bersama dengan you tak
lama. Althea anak I yang sah dengan
bekas suami.”
Tanpa berpaling aku pantas memanjat
tangga untuk masuk ke dalam pejabat. Cukuplah semua yang terjadi dulu. Kenapa
harus diulang berkali-kali kesilapan yang tidak boleh dipadam? Untuk menambah
luka dihati sendiri? Sanggupkah kita merasakannya?
Aku terus masuk ke dalam tandas dan
mengunci diri. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan teman-teman sekerja
dengan wajah yang hampir lembap? Air mata turun perlahan namun aku bangga
kerana ia tidak sederas dulu. Biarlah ia tumpah sedikit agar hati aku boleh
diredakan. Tidak mengapa.
Althea anak yang sah disisi hukum.
Dia berbintikan Khairul Fauzan, seorang suami yang menikahi aku. Langsung tiada
kena mengena atau mempunyai pertalian darah dengan Vickness. Cuma Vickness
adalah penyebab semua ini terjadi. Arghh! Silap kau sendiri jugak Adani. Bebas
dan liar macam mana pun kau dulu, kau masih pertahankan kesucian kau. Kau suka
bersosial tapi kau bukan kaki jantan! Tapi kenapa dengan Vickness kau kalah?
Kau hanyut dengan cintanya kan?! Aku menekup wajah.
Sudahlah Adani. Kau dah lama
berubah. Kau berhak diberi peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. Bisikan
hati itu cuba memberikan sedikit kekuatan. Arwah mak pun dah maafkan kau untuk
semuanya. Kau jangan sia-siakan usia yang masih tinggal. Aku bangun dan keluar
dari tandas. Mencuci wajah dan mengelap dengan tisu. Kalau bukan kerana
Vickness, aku mungkin tidak berkahwin dengan Fauzan. Tetapi adakah aku akan
terus bahagia disisi lelaki chindian itu jika tidak menerima Fauzan?
“Hai...Err Adani okey tak?”
Tiba-tiba terasa bahuku disentuh dari belakang.
“Ehh! Opps sorry...tak perasan ada orang masuk tadi.” Terkejut aku.
Menggelabah seketika dibuatnya.
Kelihatan Kak Dayang terpinga-pinga
melihat mata dan hidungku yang sedikit merah. Pasti dia boleh syak yang aku
baru lepas menangis. Kak Dayang memberikan aku tisu yang diambil dari tepi
sinki.
“Terima kasih kak. Saya period pain. Tu yang tak sedap badan.”
Aku cuba membuat helah.
“Ohh...baik balik dan berehat. Half day jelah hari ni.” Kak Dayang
menepuk bahuku dan berlalu masuk untuk ‘melepaskan hajat’.
Aku memperkemaskan diri dan bersedia
untuk keluar. Di meja kerjaku aku cuba memberikan tumpuan penuh semasa
menyiapkan tugasan. Namun fikiran tetap melayang entah kemana. Beberapa kali
ayat yang aku taip perlu dipadam semula. Gigih juga untuk aku membuat sebaris
ayat yang sempurna.
“Adani, dua hari lagi ada meeting untuk sebut harga dari
pembekal.” Kak Saadiah seorang pembantu tadbir yang berusia lewat 40an
meletakkan sekeping memo di atas mejaku.
“Oh, okey kak. Thanks.” Senyuman ku berikan sebelum mengambil memo tersebut dan
melekatkannya di sisi kanan.
Waktu-waktu jiwa kacau macam inilah
nak adakan mesyuarat, jumpa pembekal, itu ini. Waktu jiwa aku senang macam
kurang kerja pun ada juga kadang-kadang. Sampaikan aku boleh tolong setiausaha
bos iaitu Kak Maza untuk menyiapkan minit mesyuarat. Memang tidak ada kena
mengena, namun tak salah jika aku membantu apabila semua kerja aku sudah
disiapkan. Malah aku turut aktif sebagai ahli jawatankuasa Kelab Sukan dan
Kebajikan Kakitangan.
Bunyi menandakan ada mesej yang
masuk ke dalam telefon bimbitku membuatkan jari-jemariku terhenti dari terus
menaip. Segera aku membaca mesej tersebut:
Dani,
ayah masuk hospital. Darah tinggi dia naik lagi. Along dah dalam perjalanan ke kampung. Lepas balik kerja nanti Dani
datanglah. Apa-apa perkembangan Along akan bagitahu.
Berderau darah aku membaca mesej
itu. Ayah sakit? Perlukah aku balik saat-saat begini? Ya Allah...hati aku mula
kembali resah. Malah lebih tidak tenteram berkali ganda berbanding tadi.
Mahukah ayah bercakap dengan aku? Kalau muka aku pun dia tak suka nak pandang
waktu dia sihat, apatah lagi waktu dia sakit. Aku mula mengurut dada. Terasa
sesak dan berat untuk bernafas. Tanda ketegangan yang amat sangat terhadap
tubuh badan dan emosi.
“Aku akan tetap balik jumpa ayah.”
Akhirnya kata-kata itu menjadi satu keputusan yang muktamad.
Selepas memaklumkan hal tersebut
pada Encik Kefli, aku terus bergegas untuk mengambil Althea dari taska.
Kemudian aku pulang ke rumah dan mula mengemas barang-barang yang diperlukan.
“Kita nak pergi mana ni mama?” Si
kecil Althea merapati aku.
“Kita nak balik kampung, jumpa atok.
Thea sayang atok kan?” Aku menjawab tanpa memandang mukanya kerana sibuk
memasukkan pakaian ke dalam beg.
“Sayang...tapi atok yang tak sayang
Thea.”
Jawapan itu terlalu tulus diucapkan
oleh seorang kanak-kanak sekecil Althea. Aku tersenyum tawar dan berlutut
dihadapannya.
“Mestilah atok sayang Thea sebab
Thea cucu atok. Cuma atok tu memang macam tu. Dia kan dah tua.” Aku cuba
memujuk walaupun tanpa alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya aku mencuba.
“Tapi Thea tengok atok boleh aje
main-main dengan Kak Mia. Cuma dengan Thea atok tak suka.” Althea memuncungkan
bibirnya. Kesian aku melihatnya.
“Atok sukalah...siapa cakap atok tak
suka Thea. Cuma Thea kecil lagi. Atok tak biasa nak ajak bermain. Kak Mia kan
lebih besar.” Aku membelai rambut Althea yang bertocang dua.
“Ooooh kalau Thea dah besar macam
Kak Mia nanti boleh main dengan atok?” Althea senyum.
Aku mengangguk beberapa kali. Entah
alasan apa lagi yang ingin aku berikan kepada Althea tentang sikap ayah. Ayah
tidak mahu bercakap dengan aku namun aku masih boleh menghadapinya. Tetapi ayah
juga tidak mahu melayan Althea seperti cucunya yang lain. Sampai hati ayah
masih tak percayakan Adani. Ayah lebih percayakan Fauzan daripada anak ayah
sendiri. Kalau arwah mak masih ada, tentu keadaan boleh berubah. Aku menarik
nafas berat.
Setelah siap, aku dan Althea
memulakan perjalanan pulang ke kampung. Belum sampai setengah jam perjalanan,
Althea sudah lena di kerusi penumpang. Mungkin penat bermain di taska agaknya.
Aku mencuri pandang wajahnya yang bulat. Walau sejauh mana aku berlari, walau
sedalam mana aku membenci, darah Khairul Fauzan tetap mengalir dalam badan
Althea.
Suatu hakikat yang menyakitkan... :(
2 comments:
BEST.
Thanks baby mio...:)
Post a Comment