Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Tuesday, December 3, 2013

Bila Bulan Berwarna Biru Bab 4


         
                                                        

          Perbualan dengan Salwa banyak membuka minda. Dia menceritakan bagaimana dia akhirnya berubah kearah yang lebih baik berbanding dulu. Aku turut tersentuh dan terkesan dengan apa yang disampaikan. Aku dan Salwa sama-sama menuntut di universiti satu masa dulu. Kami mengambil bidang yang sama dan berkongsi kehidupan sosial yang serupa. Salwa antara teman ‘parti’ aku yang paling rapat.

            “Syukurlah aku masih diberi kesempatan untuk berubah. Kemalangan tu memang teruk, Adani. Aku mabuk masa tu. Banyak juga bahagian yang patah dan aku sekarang menggunakan kaki palsu.” Salwa mengesat tubir matanya yang basah.

            “Nyawa lebih penting Salwa. Kau memang bertuah dapat terus bernafas dimuka bumi Allah ini. Semuanya ada hikmah kan?” Aku menyentuh tangannya.

            Salwa menggangguk perlahan. “Kaki kiri aku aje yang palsu. Sebelah kanan masih lagi ori.”

            “Oh...” Aku melihat kebawah apabila Salwa menggerakkan sedikit kakinya.

            “Ceritalah kisah hidup kau pulak. Apa jadi lepas kau habis belajar? Semestinya terus kahwin kan?” Salwa tergelak kecil.

            Air muka aku berubah. Air liur yang berada di dalam mulut seakan tidak mampu ditelan. Mengingat kisah-kisah dulu bukanlah kegemaran aku. Semuanya telah jauh aku tinggalkan bersama harapan yang telah musnah.

            “Erm...biasa-biasa aje hidup aku.” Aku meneguk jus epal dihadapanku.

            “Biasa apanya! Mesti kau keje bagus kan? Tengok cara pakaian kau pun dah tau.” Salwa mengusik. Kemudian matanya melirik melihat Althea yang bermain game.

            “Biasa jelah Wa. Kerja kerajaan. Bolehlah untuk hidup.”

            “Sah-sahlah kau pegawai kan? Seronoknya kau dah ada anak. Dah besar pulak tu. Aku ni, kahwin pun belum.” Suara Salwa sedikit mengendur.

            “Insyaallah, ada rezeki kau nanti.” Jawabku cuba menenangkannya.

            “Suami kau tak ikut sekali? Bagitau lah kau makan dengan aku. Takut dia tertunggu-tunggu pulak.”

            Aku tersengih dan kelu seribu bahasa. Suami?

            “Hahhhh! Jumpa pun!”

            Sergahan itu membuatkan aku hampir diserang penyakit sawan!

            “D! Yeayy...D datang!” Althea bingkas berdiri dan bersorak keriangan.

            Vickness terus mendukung Althea dan mencium pipinya berulang kali. Eleh! Macamlah tak jumpa bertahun-tahun. Baru aje pagi tadi sarapan bersama.

            “Assalamualaikum. Saya Salwa, kawan Adani. Maaflah Adani makan dengan saya tanpa bagitau awak.” Salwa membuka bicara penuh sopan.

            Erk! Salwa bagi salam pada mamat ni? Rasanya purdah Salwa tidaklah sampai menutup mata pulak. Lepas tu apa kena mengena aku makan nak kena bagitau dia?

            “Oh, it’s okey. Never mind. Lagipun kami datang naik kereta berlainan.” Perkataan berlainan itu ditekankan sedikit membuatkan aku menjeling tajam kepadanya.

            “Eh, kenapa kau naik kereta asing dengan suami kau?” Soalan Salwa membuatkan mata aku hampir tersembul. Main serkap jarang satu hal. Memalukan air muka aku satu hal. Vickness dan aku sebagai suami isteri?

            “Eh, Wa! Sebenarnya aku...” Belum sempat aku menghabiskan ayat, telah dipotong oleh Vickness.

            “Sebenarnya saya ada urusan tadi. Adani datang berdua aje dengan anak.” Vickness tersengih macam beruk nak kena lumur dengan sambal belacan!

            “Kan betul aku cakap. Althea mesti ikut muka papa dia.” Kata-kata Salwa membuatkan telinga aku semakin kebas.

            Kebas dengan jawapan Vickness yang merapu. Kebas dengan serkap jarang Salwa dalam menilai hubungan antara aku dan lelaki ini. Vickness dengan selamba menarik kerusi dan duduk disisi aku sambil meriba Althea.

            “Pasangan sepadan.” Salwa menaikkan ibu jarinya kepadaku.

            “Wa, bukan...aku...”

            “Awak kawan lama Adani? Rasanya kita belum pernah jumpa sebelum ni.” Vickness segera memotong sekali lagi.

            Ish! Geramnya! Potongan Vickness semakin tajam pula sekarang. “Boleh tak you jangan kacau kami?”

            Terkeluar juga soalan pedas. Wajah Vickness sedikit terkejut dan aku hanya memandang tepat kedalam matanya. Biarlah apa nak jadi sekalipun.

            “Tak apalah Dani. Aku tak kisah pun. Seronok juga kalau suami kau join kita borak.”

            “Suami? Dia bukan...”

            “Sayang, sudahlah tu. Tak baik gaduh depan anak. Adani sejak mengandung ni memang emosi tak stabil.”

            Kering darah dalam badan aku mendengar kenyataan dari mulut Vickness! Beraninya dia menipu terang-terangan. Aku memijak kakinya dibawah meja membuatkan Vickness menekup mulut menahan kesakitan.

            “Tahniah Adani!” Salwa pula seakan Althea yang bersorak keriangan.

            “Salwa, sebenarnya aku bukan...”

            “Sekejap ye.” Salwa mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi dari dalam beg.

            Aku menunggu penuh sabar untuk menyambung kata. Vickness hanya mempamirkan riak muka tak bersalah. Tak malu langsung menipu!

            “Maaflah Adani. Aku kena pergi. Ni kad aku, ada masa nanti kau call. Insyaallah kita akan kerap berjumpa lepas ni.” Salwa menghulurkan kad yang tertera namanya.

            Sekilas aku membaca. Nampaknya sahabatku ini telah menceburi bidang perniagaan. Salwa memiliki butik muslimah yang diberi nama An-Najjah.

            “Encik apa ya?” Soalan Salwa membuatkan aku berpaling menoleh kearah Vickness.

            “Izz. Panggil saja saya Izz.”

            Aku membuat riak muka marah. Penipuan Vickness masih berterusan dan aku masih belum berpeluang untuk memperbetulkan keadaan.

            “Okey Izz, kita jumpa lagi. Saya minta diri. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumsalam.” Hanya aku yang menjawab.

            Vickness tersenyum dan mengangguk tanda hormat. Aku bersalaman dengan Salwa dan berbalas lambaian sebelum dia menghilang dari pandangan mata.

            What’s wrong with you?!” Marahku.

            Vickness menjungkitkan bahu dan mencium Althea. Aku mengambil beg tangan dan menarik tangan Althea. Walaupun anak kecil ini seakan tidak mahu turun dari ribaan Vickness namun aku masih menariknya lebih kuat.

            “Thea nak duduk dengan D.” Althea merengek dan menggoyangkan badannya.

            “Thea, jom balik!” Arahanku keras tidak seperti selalu.

            Lambat-lambat Althea turun juga. Dia bersalam dan mencium tangan Vickness sebelum mengikuti langkahku.

            I nak kahwin you.” Sebaris ayat yang diucapkan Vickness membuat aku semakin cepat ingin pulang.

            Aku mengangkat Althea masuk ke dalam troli yang dipenuhi barang-barang yang dibeli. Kemudian troli aku tolak laju untuk beredar dari situ. Kenapalah Vickness masih tidak faham atau sengaja buat tak faham?

            Tuhan...berilah aku petunjukMu....

3 comments:

Anonymous said...

Salam... yezza.. org pertama utk komen!! I can relate wht Adani's been thru.. bukan mudah utk menerima seseorg setelah hati d sakiti... kepercayaan adalah sesuatu yg tidak mudah d perolehi.. namun boleh lenyap dlm sekelip mata... Anyway, Vickness may be stubborn but a very determine person... Waa.. good character build up, Shiz... i dah mula faham watak utama u ni... - nyss

Unknown said...

best...

Shizukaz Sue said...

Nyss: wasalam..tq so much nyss sebab sentiasa sokong shiz..touching :') i hope this story can be better than this untuk versi cetak. Shiz agak sibuk dengan kerja dan exhausted. Idea macam tak berapa nak mariiii je..

Baby mio: tq sudi baca ya :)