“Betul
Kak Dean nak macam ni aje?” Syaza mengulang soalan yang sama. Pandangan matanya
dari tadi memerhatikan raut wajahku yang sedang sibuk membelek pelan ringkas
susunan di dalam dewan. Jawapan telah aku beri dalam bentuk anggukan tetapi
tetap juga dia ingin memastikan kehendak aku.
Aku menghembuskan nafas panjang.
Kemudian mengiringkan badan menghadap Syaza. “Ye, Syaza…akak rasa macam tu pun
dah okey. Lagipun hantaran tu akak tak berniat pun nak pamerkan di dalam dewan
macam orang selalu buat. Nak buat apa jadi tontonan? Simpan dalam bilik
pengantin sudahlah.”
Syaza pula mengambil peranan
menganggukkan kepalanya. “Okeylah, Syaza ikut akak aje. Tapi kalau Syaza tambah
hiasan lebih sikit tak apa kut?”
Aku yang baru sahaja ingin melihat
semula pelan di tangan kembali menoleh. “Suka hati awaklah Syaza. Akak tak
cerewet pun. Okey jangan tanya akak lagi bab hantaran tu. Buat ajelah janji
siap. Akak banyak benda lagi nak kena fikir.”
Berkerut seribu dahi Syaza mendengar
kenyataan aku itu. “Apa lagi kak? Rasanya semua persiapan hampir siap dah. Tapi
yang akak ni macam pengantin susah hati aje kenapa?”
Aduh, tak jadi lagi nak fokus pada
pelan dewan ni! Lantas pelan di tangan aku letak di atas meja. Penat berusaha
dari tadi nak membelek tetapi masih belum berkesempatan. Aku memejamkan mata
seketika. Mencari damai di hati. Wah, dah macam tajuk lagu sahaja bunyinya.
“Akak takut penyiasat tu tak sempat
cari mummy sebelum majlis.” Ujarku
setelah beberapa ketika berdiam diri.
“Insyaallah kak…akak berdoa
banyak-banyak. Tapi andai kata memang tak jumpa, anggaplah bukan rezeki dalam
waktu terdekat. Tapi siapa tahu suatu hari nanti dapat jugak akak jumpa dia.”
Syaza memberikan kata-kata perangsang kepada bakal pengantin yang susah hati.
“Maklumat yang ada pun sikit sangat.
Itu yang akak risau sampai tak dapat tumpukan sepenuh hati untuk persiapan
majlis ni. Serabut betul otak akak.” Aku memicit tepi dahi dengan kedua belah
tangan seperti orang yang sedang pening. Memang pening dan berselirat otak
dalam kepala ni. Namun yang pasti lebih banyak fikiran negatif berbanding
positif. Memang terasa harapan tipis untuk menjejaki dimana mummy berada.
“Sabar kak. Jangan over thinking…inikan majlis hari bahagia
akak. Akak sepatutnya berbahagia di hari yang berbahagia lah kan?” Syaza
menyentuh lenganku perlahan.
Aku tersenyum tawar dan mengangguk.
“Akak faham. Thanks Syaza selalu ada
untuk akak.”
“Eh, mestilah! Saya sayangkan akak.”
Syaza juga turut tersenyum.
“Akak pun sayang Syaza jugak!” Aku
membalas sentuhannya. Hubungan yang terjalin erat ini memang begitu bermakna
dalam hidup aku. Selain atas dasar kerja, ia memberikan satu pengisian dalam
bentuk peribadi.
“Hulurkan pelan tu. Akak nak teliti
sekejap.” Aku menghulurkan tangan meminta pelan yang berada di atas meja.
Syaza yang sedang duduk bersimpuh di
tepi kerusi terus mengambil pelan tersebut. “Nanti akak tulis bawah tu kalau
ada apa-apa nak diubah. Saya boleh bagitahu pada Fizal segera.”
“Okey, buatlah hantaran tu dulu.
Nanti ada apa-apa akak panggil.” Kataku sambil mata tertumpu pada pelan
tersebut.
Hari ini aku terpaksa singgah ke
butik untuk menguruskan beberapa perkara berkaitan majlis perkahwinan aku dengan
Asmara. Hari untuk berlangsung semakin hampir dan aku semakin panik jadinya.
Walaupun aku telah biasa menguruskan majlis perkahwinan tetapi apabila tiba
giliran sendiri untuk naik pelamin, cemas juga dibuatnya. Nak tidur, nak makan,
nak mandi sekalipun masih teringat persiapan majlis. Pelbagai fikiran yang
menggasak minda selagi majlis aku belum berlangsung.
Bunyi deringan telefon bimbit Syaza
membuatkan kami sama-sama tersentak. Apabila pandangan mata kami bertemu,
masing-masing mengukirkan senyuman. Syaza bangun dan menjawab panggilan di
dapur. Aku pula yang tertoleh-toleh untuk mengekori Syaza dengan pandangan
mata. Panggilan daripada siapakah agaknya? Jarang benar Syaza berkelakuan
sedemikian. Aku menjungkit bahu dan kembali fokus terhadap pelan di tangan. Nak
membelek dari tadi ada saja gangguannya.
Lima belas minit berlalu namun
kelibat Syaza masih belum kelihatan. Aku yang telah selesai membuat beberapa
perkara bangkit dan berjalan menuju ke dapur. Terdengar bunyi gelak tawa manja
Syaza yang masih seronok berborak di telefon. Kerutan di dahi aku semakin jelas
kelihatan.
“Siapa tu?” Ujarku sambil berbisik
perlahan.
Syaza tersengih dan menaikkan
isyarat tangan tanda tunggu sebentar. Aku menggelengkan kepala melihat aksi
Syaza yang kelihatan aneh dimataku. Ada-ada saja Syaza ni. Aku membuka peti
sejuk untuk mengambil minuman. Kosong. Terlupa pula yang aku telah agak lama
tidak ke butik. Pintu peti sejuk aku tutup kembali dengan perasaan malas.
“Apa akak tanya tadi?” Syaza
mengelap telefon bimbitnya dengan lengan baju. Berpeluh lah tu berborak lama di
talian.
Aku menjungkitkan kening. “Siapa
yang call tu? Seronok sakan aje
berborak.”
Sengihan di bibir Syaza makin
berseri dengan lebarnya. “Kawan.”
Sepatah jawapan itu mampu aku hidu
keanehannya. Adakah Syaza telah dilanda bunga-bunga cinta? Tapi dengan siapa?
Kehidupannya hanya di butik dan rumah. Mana ada masa berkenalan dengan sesiapa
pun selama ni. Duga akalku lagi.
“Kawan yang mana? Akak kenal?” Aku
mula menunjukkan minat yang terlebih.
“Adalah…kawan…” Syaza tersipu-sipu.
Sah! Aku mula membuat telahan.
“Kawan lelaki?” Wajahku semakin
serius. Entah kenapa aku pula yang rasa lain macam.
Syaza tersenyum malu-malu kucing dan
mengangguk perlahan. Kemudian dia melihat telefon bimbit yang digenggamnya.
Senyuman terukir lagi. Sah dah angau budak ni!
“Sejak bila? Siapa? Sejauh mana?”
Soalan bertubi-tubi aku berikan tanda tidak sabar lagi untuk mengetahui cerita
selanjutnya. Dalam pada sibuk membantu aku untuk persiapan majlis perkahwinan,
sempat pula Syaza bermain cinta tanpa aku ketahui. Nampaknya aku dah jauh
ketinggalan keretapi ni.
Syaza menarik tangan aku untuk
duduk. “Baru dua minggu kami kenal. Berkawan biasa aje kak.”
“Yelah, tapi siapa?” Aku semakin
panas punggung. Risau kerana merasakan Syaza bukan setakat pekerja tetapi
sebagai seorang adik dan aku bertanggungjawab keatasnya.
“Juruteknik komputer kat wisma depan
ni.” Ujar Syaza tenang.
Membulat mataku mendengarnya.
“Juruteknik komputer? Akak kenal ke?”
Kebanyakan pekerja-pekerja wisma
yang terletak di seberang jalan butik ini aku kenali. Memanglah tidak kenal
rapat tetapi setiap kali bertembung pasti akan berbalas senyuman. Manalah tahu
salah satu daripadanya mamat yang dimaksudkan Syaza.
Syaza menggeleng. “Akak tak kenal
kut sebab dia baru aje berpindah kesini tak sampai sebulan. Kami kenal sebab
berebut karipap kat gerai makcik Saripah tempoh hari.”
Wajahku yang tadinya serius terus
berubah riak. Terhambur ketawa yang tidak mampu ditahan. “Berebutkan karipap
pun boleh jatuh cinta?”
Syaza menampar lenganku. “Mana ada
jatuh cinta. Kami berkawan ajelah kak. Tapi macam tulah perkenalan kami yang
sedikit pelik. Karipap tu betul-betul tinggal satu. Kami berebut sampai makcik
Saripah bagi free karipap tu tapi
suruh belah dua.”
Semakin galak aku ketawa sampai
menekan perut. Syaza ni kalau masuk Maharaja Lawak boleh menang agaknya. “Jadi
Syaza bagi dua karipap tu dengan dia?”
Syaza mengangguk dan tersenyum.
“Bukan bagi separuh karipap tu aje kak. Idris siap bagi nombor telefon sekali.”
“Amboi! Idris ye? Okey, kawan
elok-elok tau. Nanti jemput dia sekali untuk majlis akak. Kad nanti akak bagi
kat Syaza.” Senyuman aku semakin lebar. Syaza dah ada kawan lelaki rupanya.
Ingat ni cerita karipap-karipap cinta ke apa? Jangan terhenti di gerai makcik
Sariah saja. At least buatlah cerita
cendol-cendol cintan ke lepas ni. Gerai cendol mamak kat hujung tu pun
strategik untuk mencari pasangan. Lepas waktu pejabat memang penuh dengan orang
berpakaian kemas bertali leher minum disitu. Hehehe….
2 comments:
Salam.... yezzaaa... N3 yg d tunggu2... i loikeeeee!!! Xsabar nk tahu cerita selanjutnya...Go Shiz Go!! - nyss
Wsalam..thanks a lot nyss..shiz bz giler la now..rindu sgt nk mengarang..harap masih sudi mengikuti blog ni walaupun jarang update hukhuk
Post a Comment