Cerita
aku dipukul Hazriq telah tersebar. Walaupun tidak seluas mana, tetapi sederet
butik aku telah mengetahuinya. Namun aku tetap berterima kasih kepada Abang
Ghani pemilik butik Al-Ikhsan itu. Pagi tadi aku telah menghadiahkannya kek
yang dibeli dari Secret Recipe.
Lelaki itu sangat bersimpati atas nasib yang menimpa aku seminggu lalu. Dua
hari aku di hospital sehinggalah aku pulang ke rumah, Syaza terpaksa
menguruskan butik seorang diri. Ada juga Mama Anis datang membantu dalam sehari
dua. Itupun apabila Syaza tak menang tangan untuk menyiapkan kerja yang
tertangguh.
Aku hanya berehat dirumah sehingga
badan terasa ringan sedikit. Daddy
dan Mama Anis juga telah mengetahuinya. Puas aku dileteri buat pertama kalinya
oleh Daddy. Masalah sebesar itu aku
sembunyikan daripada dia? Memang mengamuk juga Daddy dibuatnya. Malah pertunangan aku dan Hazriq juga telah putus
secara rasminya apabila Daddy sendiri
menelefon Puan Jamaliah pada hari aku pulang ke rumah. Walaupun bercakap dengan
cara berhemah, tetapi aku tahu Daddy
amat marah. Sampaikan Aina dan Puan Jamaliah ingin datang melawat aku pun tidak
dibenarkannya.
“Akak betul rasa dah sihat ni? Nampak
pucat aje.” Syaza memegang bahuku.
Aku mengangkat kepala memandang
tepat anak matanya. “Akak tak make up.
Malas. Tapi badan akak dah sihat. Pergilah tolong siapkan hantaran untuk minggu
ni. Bising Datok tu nanti.”
Syaza mengangguk dan terus berlalu ke
bahagian depan. Aku pula meneliti buku log yang sekian lama tidak dipandang.
Tidak sabar untuk menyelesaikan tugas agar dapat bercuti panjang. Ada lagi
empat majlis perkahwinan yang perlu diuruskan. Semoga aku diberi kesihatan yang
baik untuk melakukan tugas. Orang dah bayar, kenalah melakukan kerja dengan
baik. Aku tidak mahu mengecewakan raja-raja sehari yang telah memberikan
sepenuh kepercayaan padaku untuk merealisasikan hari bahagia mereka.
Buku log aku tutup dan aku simpan
semula. Aku bangun dan menuju ke dapur. Niat dihati ingin membancuh secawan Horlicks.
“Akak!”
Aku pantas menoleh. “Ye?”
“Daddy
akak datang.” Syaza menudingkan jarinya.
Aku meletakkan gelas di atas kabinet
dan terus mengatur langkah menuju ke depan semula. Kelihatan Daddy datang seorang diri sambil membawa
bungkusan plastik bersamanya. Aku menghadiahkan sebuah senyuman termanis buat Daddy.
“Dean tak makan pagi tadi, kenapa?”
Soal Daddy dengan wajah yang sedikit
tegang.
“Mama Anis bagitahu?” Soalku pula
tidak menjawab soalannya.
Daddy
mengangguk. Bungkusan plastik ditangannya dihulurkan kepadaku. “Makanlah. Daddy belikan nasi lemak untuk Dean dan
Syaza sekali.”
Hulurannya aku sambut. “Terima
kasih…” Perlahan suaraku sayu.
Perasaan bersalah makin menggunung
apabila Daddy semakin mengambil
berat. Walaupun Daddy marah dan
berkecil hati aku tidak berkongsi masalah itu dengannya selama ini.
Tubuhku dirangkul erat. Seeratnya.
Ubun-ubunku dikucup penuh kasih. Kasih seorang bapa yang tidak pernah
berbelah-bahagi buat permata hatinya. “Jaga diri, sayang. Daddy tak akan maafkan diri kalau apa-apa jadi pada Dean.”
“Bukan salah Daddy.” Aku menggelengkan kepala beberapa kali.
“Dean bawah tanggungjawab Daddy. I love you sayang…Ingat lepas ni apa-apa semua kena cerita pada Daddy. Janji?” Daddy mengangkat jari kelingkingnya.
Aku tersenyum senang. “Janji.”
Jari kelingking kami bertaut rapat.
Senyuman mekar di bibir masing-masing. Syaza juga yang memerhati dari jauh
turut tersenyum sambil tangannya sibuk menggubah telekung untuk diletakkan di
atas dulang hantaran.
“Syaza, nanti makan dengan Dean. Uncle balik dulu. Ada apa-apa, cepat call uncle.”
Pesanan Daddy sebelum keluar dari
butik.
Syaza mengangguk dan tersenyum
lebar. Aku melambai kearah Daddy
sebelum susuk itu hilang dari pandangan. Kemudian bungkusan nasi lemak aku
keluarkan dari dalam plastik. Aku cium harumannya. Sedap!
“Syaza, jom makan dulu. Akak buatkan
air sekejap.” Panggilku dan terus beredar semula menuju ke dapur.
********************************
“I dah dengar apa yang berlaku pada you.”
“I
dah okey.” Senyuman terukir dibibir.
“Tunang you memang teruk! Takut I nak percayakan lelaki.”
“Bukan semua lelaki sama Molly. You nak jadi nyonya tua ke?”
Gadis itu menggeleng laju. “Tak mau,
tak mau. Tapi I betul takut tengok
video itu pada Ghani. Memang gila punya orang.”
“Sekarang dah jadi kes polis. I tak nak fikir lagi pasal dia.”
Molly mengangguk. “You sudah putus tunang sama dia?”
“Tentulah. Siapa mahu tunang macam
tu?” Aku menayangkan senyuman kelat.
“Bagus, bagus. Okeylah, I datang nak bagi you buah. Take care Dean.
Nanti you pasti jumpa lelaki yang
baik punya.” Molly menjuihkan bibirnya yang merah kearah bakul buah-buahan yang
dibawanya sejak tadi.
“Thanks
Molly.” Aku membelek seketika bakul buahan yang agak besar itu. Pelbagai
jenis buah terdapat di dalamnya. Siap ada reben lagi.
“I
balik dulu I punya kedai.
Senang-senang you datanglah.” Molly
meminta diri.
“Okey, thanks again.” Aku mengangguk dan berjabat tangan dengannya.
Molly pemilik kedai barangan
cenderahati yang terletak dua lot dari butik aku. Seorang gadis yang berusia
pertengahan tiga puluhan dan masih belum berkahwin. Kami jarang dapat bersua
muka kerana kesibukan masing-masing. Lagipun Molly jarang turun padang kerana
terdapat perniagaan lain yang diuruskannya. Tetapi dia tetap menunjukkan sikap
kejiranan apabila datang melawat aku.
“Syaza, nanti bawak balik buah-buah
ni sikit. Simpan kat rumah confirm
tak habis.” Aku memandang sekilas kearah Syaza yang masih tekun menyiapkan
kerjanya.
“Entah-entah itu buah dia buat
sembahyang kut?” Syaza tergelak besar.
Aku mengerutkan kening. “Ish, ada
pulak. Buah ni dia beli dah siap berhiaslah kat kedai. Boleh makan punya…”
“Tahulah, saya saja bergurau.” Syaza
tersengih menunjukkan muka tak bersalah.
Aku tersenyum kecil dan kembali
menyusun pakaian yang belum digantung mengikut warna baju. Selain itu aku
meneliti terlebih dahulu setiap pakaian jika ada terdapat kerosakan seperti
koyak dimana-mana. Maklumlah kadang-kadang pengantin pun agak ganas. Sibuk
bergambar ke, apa ke, tak sedar kainnya tersangkut dimana-mana. Perkara
sebegitu pernah terjadi.
Leka aku membuat kerja sehinggalah
petang. Itu pun setelah ditegur oleh Syaza baru aku tersedar jam sudah
menunjukkan angka lima setengah petang. Segera aku berkemas dan bersiap-siap
untuk pulang.
“Kak Dean balik dengan Syaza kan?”
Syaza duduk menunggu sambil memeluk beg tangannya.
“Akak rasa nak call mama aje datang jemput. Syaza baliklah dulu.” Aku mengambil
duit yang berada di dalam laci untuk dimasukkan ke dalam peti besi.
“Balik dengan Syaza ajelah kak.
Macam tak biasa pulak.” Syaza mencebikkan bibirnya tanda merajuk.
“Sekejap.”
Beberapa minit kemudian, kami telah
berada di hadapan untuk mengunci pintu butik. Aku berdiri di belakang Syaza
sambil memerhati keadaan sekeliling. Setelah selesai, kami beriringan menuju ke
kereta.
“Assalamualaikum.”
Aku terkejut dan sepantas kilat
menoleh. Namun hanya mampu menjawab salam di dalam hati. Tidak terluah di mulut
kerana melihat senyuman semanis madu di hadapan mata. Namun segera aku
melarikan wajah apabila sepasang mata itu mengecil meneliti raut wajahku yang
sedikit pucat.
“Saya dah nak balik ni. Awak buat
apa kat sini?” Aku memandang Syaza sekilas memberi isyarat agar tunggu
sebentar.
“Saja datang melawat. Err…kenapa
dengan muka awak? Itu…kesan lebam kan?” Jari telunjuknya menuding kearah pipi
kiriku.
Aku menarik rambut menutupi
sebahagian pipi. “Eh, taklah.”
Mata lelaki itu semakin mengecil.
Menganalisa seperti seorang detektif. “Kat dagu ni apa? Luka?” Jarinya beralih
pula pada tepi daguku sehingga hampir-hampir untuk menyentuh.
Aku berundur setapak ke belakang.
“Biasalah mak andam. Buat kerja berat.”
Aku ketawa kecil semasa menuturkan
ayat tersebut. Namun setelah terasa janggal ketawa seorang diri, aku terdiam.
Mata Asmara masih terpaku pada seraut wajahku yang bertanda sana-sini. Nasib
baik tak macam papan tanda. Aku yakin aku masih ayu buat tatapannya. Eleh!
“Asmira, apa dah jadi? Bagitahu
saya, please…” Rayunya sambil
menjeling sekilas pada Syaza yang setia menanti.
“Kenapa dengan bos awak ni? Dia kena
pukul?” Asmara bertanya pula pada Syaza.
Syaza hanya terdiam dengan mata yang
berkelip beberapa kali. Mati kata untuk menjawab. Apatah lagi tuan punya badan
sendiri tidak memberikan sebarang jawapan.
“Cik Dean okey? Ada masalah lagi
ke?” Tiba-tiba Abang Ghani datang dengan dua orang pekerja lelakinya. Siap bawa
kayu hoki! Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga akibat peristiwa tempoh hari.
“Eh, saya tak apa-apa Abang Ghani.
Ini kawan sekolah saya dulu.” Jawabku sambil kehadapan untuk melindungi tubuh
Asmara.
Abang Ghani tersengih menggaru
kepalanya. Dia menghulurkan salam kepada Asmara. “Maaflah, abang ingat orang
suruhan tunang Cik Dean ke. Mana tahu kejadian hari tu berulang lagi.”
“Kejadian apa?” Soal Asmara penuh
rasa ingin tahu.
“Cik Dean kena pukul dengan tunang
dia. Teruk juga sampai masuk hospital. Nasib saya sempat rakam dan buat laporan
polis. Maaf sekali lagi ye saudara. Saya bawa kayu ni untuk keselamatan. Rasa
bersalah juga hari tu tak dapat nak halang lelaki tu. Badan dia sasa.” Abang
Ghani tersengih-sengih setelah membocorkan rahsia aku.
Memang tidak dapat menahan mulut
Abang Ghani yang lancar berkata-kata itu. Aku hanya menelan liur dan memandang
wajah Asmara yang telah berubah riak. Setelah bersalaman sekali lagi, Abang
Ghani dan ‘konco-konconya’ pun beredar masuk semula ke dalam kedai.
“Asmira…” Suara itu perlahan dan
sayu. Tangannya naik menyentuh pipi dan daguku yang masih berbekas.
“Berikan saya satu lagi peluang.
Untuk membahagiakan awak, Asmira.” Ayat itu berbisik lembut.
“Maaf, I have to go.” Aku berpaling dan membolos masuk ke dalam perut
kereta.
Membiarkan Asmara yang berdiri tegak
sambil memerhatikan aku. Maaf, aku tak mampu untuk berani.
Berani sekali lagi
untuk mengambil risiko bersamanya….
5 comments:
Nampaknya Dean belajar dari pengalaman pahitnya supaya tidak mudah percaya pada lelaki dan memendam perasaan.
Salam... Akhirnya, umurxserupa31 dah kuar dari senarai papan bursa saham.. eh.. silap.. silap.. dari hidup Dean!! Padan muka mamat dayus tu!! Buat puan penulis, i loike ur style of writing.. keep it up!!
bgus btol si hazriq dah xde dah..huhuhu..akak sua cpt yerw smbung..heheh..xsbar nk tau slepas ni pe yg jadi....
~KD~
waaaaaaaaaaaa best nya!!!
thanks semua ye...saya baca semua komen anda tetapi kekangan masa membataskan utk membalas satu persatu...insyaallah utk next entry..muah muah love u alls..
Post a Comment