Aku
ke kuliah dengan penuh bersemangat. Hari ini adalah hari terakhir kuliah sebelum
cuti study week bermula esok. Sudah
pasti para pensyarah akan memberikan sedikit tips mengenai bab yang akan masuk
dalam soalan peperiksaan. Memang rugi kalau tak datang kuliah hari ini.
Walaupun kebiasaannya memang ada pelajar tidak hadir kerana telah pulang untuk
bercuti lebih awal.
“Berserinya wajah orang tu. Senyum
sampai ke telinga.” Wawa menyiku lengan Akma sambil menjuihkan bibir kearahku.
Aku duduk dan menjelirkan lidah
kepada mereka berdua. “Pagi-pagi dah usik orang.” Balasku pula.
“Study
week balik kampung ke duduk rumah sewa aje?” Soal Akma sambil membetulkan
tudung yang dipakainya. Kemudian membuka bedak kompak untuk melihat cermin bagi
memastikan tudungnya kemas dan tidak senget.
Aku dan Wawa hanya menggelengkan
kepala melihat aksi Akma. Dalam kelas pun sempat lagi tengok cermin budak ni.
“Mak suruh aku dengan Hadif balik
Batu Pahat.” Jawabku penuh bersemangat. Memang aku tidak sabar untuk
menjejakkan kaki ke rumah. Kali terakhir aku berjumpa dengan keluargaku adalah
semasa majlis akad nikah tiga bulan lalu.
“Kau dah semakin rapat dengan Hadif
lah ni?” Wawa tersengih sambil menaikkan sedikit keningnya. Wajahnya yang
cantik bersolek ringkas tetap nampak ayu walaupun suka buat muka nak mengenakan
aku.
Aku menggelengkan kepala. “So far macam tu ajelah hubungan kami.
Tak ada perkembangan pun. Tapi dia ada cakap yang kami boleh dedahkan
perkahwinan ni. Lega sikit hati aku tak perlu menipu semua orang lagi. ”
Balasku sambil mengeluarkan kertas A4 dan sebatang pen dari dalam beg tangan.
Sesungguhnya aku lega walaupun perkahwinan ini tidak tahu akan bertahan sampai
bila. Biarlah semua orang tahu aku dan Hadif adalah suami isteri.
Sekurang-kurangnya taklah aku menambah dosa dengan menipu.
“Lega sikit hati aku tak perlu
menipu semua orang lagi…” Wawa mengulang ayat tersebut dengan mengajuk cara aku
bercakap.
“Wawa!” Aku terjerit kecil dan
menampar lembut lengannya. Geram dipermainkan begitu. Ada-ada saja Si Wawa ni
nak bergurau dengan aku.
Wawa dan Akma tersengih. “Seronok
tengok orang dah kahwin kan Wa? Kita ni aje yang entah bila.” Akma pula
bersuara setelah bedak kompak ditutup dan dimasukkan ke dalam beg tangan.
“Jangan nak merepeklah. Kalau kena
kahwin paksa macam aku baru kau orang rasa.” Aku menjegilkan biji mata
berpura-pura marah.
“Kalau kena kahwin paksa dengan
lelaki macam Hadif aku nak aje. Tapi kalau yang ala-ala memang taklah!” Akma
membidas kata-kataku sambil membuat memek muka teruja.
“Hadif tu lebih teruk dari monster lah! Jangan tengok dari luaran
aje.” Aku menaikkan biji mata ke atas. Lelaki macam Hadif pastinya akan
membuatkan isterinya sakit otak.
“Aku tak kisah. Dahlah anak Datok,
muka sebiji macam Baim Wong!” Akma menelan liur seperti membayangkan wajah
Hadif.
“Eeee…aku cakap kat Iman baru kau
tahu!” Wawa pula berkata sambil mencucuk pinggang Akma. Lantas Akma terlompat
sedikit dari duduknya.
Aku menutup mulut menahan tawa takut
mencuri perhatian pelajar-pelajar lain. Memang gatal betul Si Akma ni. Kalau
Iman dapat tahu siap dia. “Cakap soal Iman, aku dah lama tak update kisah cinta kau orang. Macam
mana, okey?” Soalku prihatin.
Dulu
sebelum aku berkahwin, aku juga menjadi tempat Wawa dan Akma meluahkan perasaan
dan masalah percintaan mereka. Namun selepas aku bergelar isteri orang, jarang
mereka bercerita mungkin tidak mahu membebankan aku.
“Okey
macam biasalah. Kejap baik, kejap gaduh.” Akma menjawab sambil menjungkit bahu.
“Gaduh-gaduh
manja apa salahnya. Tapi yang penting setia.” Balasku pula. Macamlah handal
dalam bercinta. Kahwin pun terpaksa. Uwaaa….
“Aku
dengan Alif pun macam tu. Kadang-kadang sampai penat bergaduh aje kerjanya.
Lepas bergaduh tentu aku menangis. Nak study
pun tak boleh fokus.” Bersama sebuah keluhan Wawa meluahkan perasaannya.
Aku
memandang simpati wajah Wawa. “Aku faham perasaan kau. Kita ni perempuan
hatinya lembut. Dulu masa aku bercinta, kalau gaduh pun aku boleh sampai tak
lalu makan tau! Padahal orang lelaki ni tak kisah. Bergaduh ke baik ke mereka
makan kenyang, tidur lena hati tetap happy.
Tak adil kan?” Aku tersenyum tawar.
Wawa
juga tersenyum sambil menyentuh tangan aku. “Kau cerita pasal Adli. Kalau suami
kau dengar habislah!” Wawa cuba berjenaka.
Aku
menutup mulut kerana aku sendiri tidak sedar cerita itu berkaitan masa lalu
aku. Wajahku tiba-tiba bertukar riak. Tetapi jauh di sudut hati aku teringin
juga perkahwinan kami boleh bahagia. Kalau Hadif mahu mencuba, aku juga
bersedia kearah itu. Setakat ini, memang nampak macam tiada harapan aje.
Kadang-kadang aku sendiri keliru dengan kehendak hati aku.
Akma
dan Wawa masing-masing terdiam melihat muka aku yang berubah kelat. Kemudian
kami semua memberikan tumpuan kepada pensyarah yang telah masuk ke dalam dewan
kuliah DKG 3 ini. Suasana yang tadinya riuh juga bertukar menjadi senyap.
Aku
tahu misi semua pelajar datang ke kuliah terakhir sebelum peperiksaan hari ini
adalah untuk mendapatkan tips!
11 comments:
Seronoknya sampai n3 sekali hari ni...cerita sentiasa panas dan suspen...harap lepas habis exam ni kasih sayang Aida dan Hadiff kian bertambah,,,
erm akak nak post bpe entry arini...post abis2 pon xpe kak..hahaha :) best gak ni...pasni dah cuti,mesti diorg akan bcinta kan kak ?
Sampai bab 30je ke??? Ke ada lg?? Best la cerita ni. :-)
Iee jee joong: citer ni penah dipost sampai habis kat sini tp sbb BIP akan keluar versi cetak, terpaksa dipadam. Ni baru separuh cerita. TQ sbb baca BIP =)
Sue..all the best..novel yg menarik..insyaallah akan beli versi cetak nnti..
bile cte nie nak kluar versi cetak yek?xsbr nak tggu...best sgt cte nie...
best btl cite ne..
bila nk publish???
klu dh publish bg tau..
best cter ni,,publish la cepat2..
good job!
Takde update ke untuk BIP..huhuhu.. Nak tunggu buku publish lambatlah pulak..
any update lagi tak dik??? tak sabar nak baca ni ...
Post a Comment