“Awak
sakit kaki ke?” Soal Hadif dengan wajah yang serius. Soalan dah prihatin tetapi
riak wajah tu langsung tak selari dengan soalan! Buat sakit hati aku aje.
“Ye.” Jawabku sepatah. Aku sendiri
tidak tahu Hadif ikhlas atau tidak bertanya. Jadi aku malas untuk menjawab panjang
lebar. Tetapi aku tahu Hadif memerhatikan aku dari dalam kereta semasa aku
berjalan menuju ke arahnya. Kalau tidak, mana dia tahu aku berjalan
terjingkit-jingkit dengan kaki yang melecet pedih ni?
“Jawab tak ikhlas.” Hadif bersuara
lagi sambil mengerling sekilas kearahku.
“Tanya pun entah ikhlas entah tak.”
Jawabku selamba untuk membidas kenyataan Hadif tadi.
Terdengar dengusan kasar dari mulut
Hadif. Aku hanya diam membatukan diri. Salah ke aku jawab macam tu? Cara dia
tanya pun muka macam nak cari gaduh sahaja lagaknya. Lepas tu ada hati nak kata
aku tak ikhlas. Apa punya oranglah dia ni!
Hadif terus memandu keluar dari
perkarangan kampus menuju pulang ke rumah sewa kami. Mama dan papa tentu sudah
menanti kepulangan anak menantu mereka dengan senyuman. Aku pula jadi tak
keruan apabila mengenangkannya. Bukan aku tidak suka tetapi aku dengan Hadif
bukanlah satu pasukan yang baik untuk bekerjasama. Itu yang aku bimbangkan
apabila berhadapan dengan mama dan papa. Hendak bertanya bila mereka mahu pulang,
terasa biadab pula. Tetapi aku sendiri tak sanggup berlakon lebih lama lagi.
Aku membuka kasut dan merehatkan
kaki. Lega akhirnya dapat membuka kasut tumit tiga inci berjenama Hush Puppies
yang berwarna hitam ini. Kesan melecet aku belek seketika dengan niat aku akan
ingat meletakkan minyak gamat apabila sampai di rumah. Aku ni boleh tahan
pelupa jugak kadang-kadang. Kalau tidak, habislah kesan melecet ini menjadi
parut yang lambat nak hilang.
“Awak kat mana masa saya mesej
tadi?” Aku memulakan perbualan. Sekadar ingin melenyapkan kesunyian dan
ketegangan yang berlaku.
“Library,”
ujar Hadif sepatah. Kaca mata hitam yang tergantung di poket dipakainya.
Erm, kalau badan sasa lagi sikit
okey kut, bisik hatiku. Muka tak payah nak jambu sangat. Pergi main rugby ke,
hoki ke bagi kena matahari. Barulah macho!
Aku meneliti wajah dan susuk tubuhnya. Lama mata aku merayap disitu.
“Tak payah tengok saya macam nak
telan. Malam nanti saya bagi nafkah batin yang awak nak tu.” Hadif tiba-tiba
bersuara sambil mengerling sekilas kepadaku. Aku boleh nampak melalui tepi
cermin mata hitamnya. Hari ini sahaja dua kali aku tertangkap semasa
memerhatikan wajahnya. Pagi tadi sewaktu hendak ke kampus dan sekarang apabila
hendak pulang ke rumah! Apa nak jadi dengan aku ni?
Aku menutup mulut. “Nak muntah!
Serius nak muntah!” Aku menahan nafas kemudian tangan aku pukul-pukul
dibahunya.
Hadif segera ke tepi dan
memberhentikan kereta. Aku buka pintu dengan kasar dan keluar hanya dengan
berkaki ayam.
“Wekkk!! Wekkk!” Terhambur sisa-sisa
makanan yang masih belum dihadam oleh perut.
Hadif yang ikut turun mengusap-usap
lembut belakang badanku. Lega sedikit aku rasakan apabila diperlakukan begitu.
Tisu dari dalam beg tangan aku keluarkan dan aku lap di mulut. Tekak aku terasa
pedih dan perit. Namun masih berasa loya.
“Awak jangan macam-macam. Awak pregnant eh?” Hadif merenung aku tajam.
Nafas aku turun naik. Rasa seperti mahu ditampar sahaja mulut puaka dihadapanku
saat ini. Ada ke patut dia tuduh aku sampai macam tu sekali?
“Apa awak merepek ni hah?!” Aku
sudah tidak mampu bersabar dengan perangai lelaki ini. Silap haribulan makan
penampar sulungku sekejap lagi. Mataku mencerlung dengan perasaan marah.
“Kita kan belum ‘pernah’ lagi. Macam
mana dah muntah-muntah ni?” Hadif menarik tangan aku kasar. Terasa sakit
pergelangan tanganku diperlakukan begitu. Dia ni memang nak kena. Agaknya lepas
dah dapat penampar baru jadi matang!
“Ingat orang pregnant aje muntah-muntah? Keracunan makanan agaknya. Manalah saya
tau!” Aku merentap tanganku dan terus masuk ke dalam perut kereta dengan
perasaan sebal. Geram, marah dan kecewa semua bercampur-baur. Senang-senang aje
dia main tuduh-tuduh. Tuduhan berat pulak tu!
Baru aku sedar yang aku hanya
berkaki ayam. Habis melekat pasir dan batu-batu kecil di telapak kaki.
Eeee….tak selesa….Aku terus menggesel kakiku berkali-kali di karpet kereta.
Biar padan muka Hadif karpet keretanya kotor! Aku tak peduli.
“Baik awak cakap betul-betul dengan
saya! Awak pernah tidur dengan siapa?” Hadif masih tidak puas hati dengan aku.
Setelah dia ikut masuk ke dalam kereta, soalan ini pula yang dihadiahkan buat
aku. Wajahnya turut menyinga. Eh, aku yang sepatutnya marah bukan kau.
Lelaki anak tunggal ini memang
menguji kesabaran betul. Selain suka marah-marah nampaknya Hadif juga suka
membuat tuduhan melulu. Malah tuduhan yang tidak-tidak. Gila! Aku menggelengkan
kepala lemah. Aku bersandar bagi melegakan sedikit urat-urat yang mulai tegang
dengan sikap Hadif. Kalau dilayan memang aku boleh naik hantu saat ini.
“Saya tak pernah buat kerja terkutuk
tu. Jalanlah cepat. Saya tak sedap perut ni. Takut muntah lagi.” Akhirya aku
menjawab dengan penuh berhemah. Tenaga pun dah terbuang semasa muntah tadi. Tak
kuasa nak sambung bertekak dengan Hadif. Tentu senang-senang aje boleh kalah.
“Okey.
Saya percayakan awak kali ni. Tapi ingat, apa-apa jadi pada awak semua bawah
tanggungjawab saya! Jangan nak buat benda bukan-bukan.” Hadif memberikan amaran
tegas. Kemudian dia menekan pedal minyak dan kereta mula bergerak untuk
meneruskan perjalanan.
Aku
menarik nafas berat. Susahnya jadi isteri Hadif berbanding menjadi Suha yang
mendampinginya sebagai seorang kawan. Ternyata Hadif lebih seronok didampingi
begitu berbanding menjadi pasangan hidupnya. Tertekan. Itu perkataan paling
sesuai untuk aku dalam situasi sekarang. Tetapi dada aku sedikit sebak apabila
dituduh sehina itu oleh Hadif. Aku bukanlah perempuan murahan yang boleh
berkelakuan seenaknya sebelum berkahwin. Takkan itu pun Hadif tak boleh nampak?
Mungkin nilai aku dimata Hadif sangat rendah sehingga dia silap menilai aku.
Aku menarik nafas dalam-dalam agar rasa sedih ini segera pergi.
Mata
aku masih lekat pada nota yang aku tulis siang tadi. Kebiasaannya aku akan
membaca semula seimbas lalu nota yang aku catat didalam kuliah pada malam hari.
Sekadar untuk memastikan bahawa aku betul-betul faham apa yang aku belajar hari
ini. Kemudian aku mencuri pandang ke arah Hadif yang nampak sedang tekun
membuat latihan pengiraan.
Nanti ada masa aku memang nak
belajar banyak benda dari Hadif. Aku nak belajar memasak dengan dia walaupun
aku belum pernah merasai masakannya. Tetapi kalau dah mama kata Hadif hebat
memasak tentu hebat betullah tu. Aku juga nak minta resepi kejayaannya
merangkul anugerah dekan pada setiap semester. Apa salahnya kalau dia berkongsi
cara dia belajar dengan aku. Tentunya aku juga ingin mengikuti jejak
langkahnya.
Tetapi sekarang belum sesuai
masanya. Dengan perangai Hadif yang suka marah-marah dan ada sahaja perkara
yang akan kami gaduhkan menandakan hubungan aku dan Hadif masih belum stabil.
Kadang-kadang aku rindu ingin dilayani sebagai Suha sehingga kami boleh
bergelak ketawa bersama. Tidak perlu berlebih-lebih kerana aku bukanlah berjiwa
romantis. Tidak perlu ditatang dan dimanja setiap waktu. Cukuplah layanan baik
dan tidak menyakitkan hati.
Kedengaran jelas telefon bimbit
Hadif berbunyi. Mati. Berbunyi lagi. Mati. Aku terus memasang earphone dan aku cucukkan pada Blackberry putih milikku. Sedang tangan
aku pantas menekan punat untuk mencari lagu yang ingin didengari, Hadif telah
menjawab panggilan tersebut.
“Yes
Zati?” Sayup-sayup suara Hadif aku dengari. Perlahan.
Zati? Siapa Zati? Kekasih Hadif ke
perempuan yang dipanggil Zati itu? Aku terus memperlahankan volume dan sengaja mencuri dengar. Tak
jahat sangat ke? Aku bertanya pada diri sendiri. Tak apa kut, Hadif itu suami
aku. Jadi penyibuk ambil tahu tak salah rasanya.
“I
busy lately ni. Exam dah makin
hampir. Bukan I tak nak call you.” Hadif bersuara acuh tidak
acuh sahaja.
Ewah! Panggil I dengan you. Over! Tapi mengapa Hadif layan buah hati
macam nak tak nak saja? Mereka ada masalah agaknya. Otak aku mula ligat membuat
kesimpulan.
“Terpulanglah pada you. Dari awal I dah berterus-terang kan?” Suara Hadif sedikit meninggi.
Ish, dia ni. Jangan cakap kuat-kuat. Kalau
papa dan mama yang sedang menonton televisyen kat luar tu dengar tak ke haru
jadinya. Selepas makan malam aku dan Hadif meminta diri untuk belajar di dalam
bilik. Tapi tak ke pelik kalau mereka terdengar Hadif bersembang seorang diri
menggunakan panggilan I dan you? Nasib baik dalam bilik ni Hadif
membeli dua buah meja belajar. Kalau tidak, aku belajar kat meja makan ajelah.
“Bukan
I tak nak jaga hati you tapi I dah tinggal sekali dengan my
wife. Now my mum and my dad pun
ada sini. Susahlah kalau you tak nak
faham.” Ujar Hadif lagi sambil memicit kepalanya seperti orang pening.
Aku
memasang telinga. Apa ni dah masuk tentang aku, mama dan papa? Aku menelan
liur. Mampukah aku dengar sampai habis? Takut pula Hadif perasan aku yang
sedang berpura-pura mendengar lagu. Tetapi hati ini membuak-buak ingin tahu apa
lagi yang bakal diperkatakan oleh Hadif.
Hadif
mengeluh berat sebelum bersuara lagi. “Bila dah kahwin, suami mana yang tak
sayang isteri dia? Kalau dah tinggal serumah, dah tengok muka hari-hari, of course I sayangkan my wife.” Aku
tergamam mendengar penjelasan Hadif kepada buah hatinya yang bernama Zati itu.
Biar betul?! Aku menutup sedikit mulut yang terlopong akibat terkejut beruk.
Walaupun
kedengaran ‘poyo’ pada telinga aku saat ini, namun entah kenapa ada perasaan
indah yang mula membelai jiwa setelah mendengar kenyataan Hadif tadi. Tinggal
serumah, tengok muka hari-hari konon! Kita tinggal serumah baru dua hari. Tentu
Hadif sengaja memberi alasan kepada Zati yang masih tidak dapat menerima semua
ini atau Hadif pening kepala bercinta sorok-sorok sebegini?
“Bukan
I tak hargai you. Tapi….” Hadif meraup mukanya beberapa kali.
“No! You listen. Memang kita dah bercinta
lama. I pun tak minta jadi macam ni
okey. Tapi sekarang I suami orang. You kena faham keadaan I atau you lupakan I aje!” Hadif
mematikan talian setelah ayat terakhir itu diucapkan.
Aku
mengerling sekilas. Hadif memicit dahinya seperti orang yang sedang menanggung
sakit kepala. Dia tiba-tiba menoleh dan anak matanya tepat memandang anak
mataku. Gulp! Sepantas kilat aku melarikan anak mata kembali membaca nota.
Hadif bangun dan mendekati aku. Namun aku berpura-pura bernyanyi kecil sambil
mengikut lirik lagu yang aku dengari walaupun lagu itu kedengaran sangat
perlahan di telinga.
Hadif
menanggalkan earphone di telingaku.
“Sayang,” panggilnya lembut. Wajahnya sangat manis tanpa riak ingin memarahi
aku. Lepas bergaduh dengan kekasih, Hadif jadi mereng agaknya sampai memanggil aku sayang walaupun tiada mama dan
papa disini. Kesian.
Aku
mengangkat wajah cuba tersenyum manis. “Ada apa? Saya tengah baca nota ni.”
Soalku berpura-pura. Tetapi aku sempat berdoa agar penipuan ini tidak
terbongkar.
“Pandai
sayang berlakon. Mana ada orang baca nota tapi mata asyik menjeling kat abang,
lepas tu dengar lagu tapi muka berkerut sedang berfikir. Sayang curi dengar kan
tadi?” Hadif memandang tepat ke dalam mataku. Hati aku bergelora hebat
menandakan aku bukanlah penipu yang hebat mampu menjadi tenang setelah
tertangkap.
Aku
pantas menggeleng. “Tak adalah. Mana ada…” Aku cuba menafikan tuduhan Hadif
terhadapku. Tetapi terasa suaraku antara dengar dengan tidak sahaja nadanya.
Sah! Aku takut.
“Awak
curi dengar lagi lain kali siaplah telinga awak saya potong!” Hadif bersuara
sinis. Aku mengelipkan mata beberapa kali. Kemudian pandangan aku jatuh menatap
nota-nota di atas meja. Dah agak dah! Tentu ada yang tak kena. Kalau tidak,
tentu bukan senang Hadif ingin memanggilku sebegitu mesra dan lembut. Nasib
baik aku tak perasan lebih-lebih tadi. Buat malu sahaja!
Hadif
kemudian terus berlalu seraya duduk kembali di meja belajarnya. Aku membatukan
diri tanpa mampu bergerak walau seinci. Darah aku seperti kering mendengar ayat
yang Hadif ucapkan tadi. Ah, tak mungkin Hadif sanggup memotong telinga comelku
ini. Arnab nak gigit pun agaknya tak sampai hati tengok telinga aku comel gila!
Tapi siapa tahu apa lelaki bernama Hadif ini mampu lakukan? Meremang pula bulu
roma aku memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku.
“Kenapa
terdiam? Takut ke?” Soal Hadif tiba-tiba sambil memandang tajam kepadaku dari
meja belajarnya. Ish, ada ke tanya macam tu? Kalau aku ugut nak potong telinga
dia agaknya dia takut ke tidak? Bibir aku ketap geram.
“Saya
nak baca nota ni. Please don’t disturb me.”
Aku terus memandang nota yang berada di hadapanku. Pen aku capai dan mula
menggariskan isi-isi penting. Namun aku tidak mampu memandang Hadif. Silap
haribulan dia mengugut nak korek biji mata aku pulak!
Aku
terus menumpukan perhatian kepada apa yang dibaca. Walaupun otak aku sedikit
terganggu seperti menerawang entah kemana hala, tetapi aku cuba kembali fokus.
Peperiksaan semakin hampir dan aku tidak mahu masalah peribadi menjadikan
pelajaran aku merosot. Apatah lagi dengan adanya Hadif, seorang pelajar yang
mendapat anugerah dekan setiap semester.
Aku mahu membuktikan bahawa aku juga
mampu melakukannya!
14 comments:
yeyyy dalam diam ku mencintaimu :) hehe hadif dah stat sayang tu :D
lucu gak hadif nie.... kalu da syg wife ngaku jela.. xyah nk cover line lg... kalu aida ngn laki laen msti hadif cemburu
Nurul: Yeayy sayang-menyayang...lalala
Eunhae Diela: hihi hadif lucu ek? selalu kena hentam je kata berlagak..anyway welcome pembaca baru =)
haaa kan betul..tu la..ego sgt kan...dah kata syg dah tu...pastu da kantoi,wat2 marah aida lak...hahaha...hadif2...makin lama baca,makin geram dgn perangai dia...
wah sedap2 sedap nak potong telinga,cett..
Azian: geram ek? sian hadif...kekeke
Ashu Mancis: tu la..telinga Aida dah la cumel
Salam. Dah banyak kawan komen, saya terlewat skit.
Nampaknya Hadiff memang dah ada hati dengan Aida, dan rasanya memang dah niat pun nak tinggalkan gf dia bila kenal Suha...but now Aida kena beri peluang Hadiff tu rendahkan egonya...huhuhu..
Seri Puteri: betul..kena beri peluang =)
yeayy..bru nk sronok...tp still dgn pragai dia lgi..ala....dah la ckap dia syg bini dgn zati..ni xleh jdi ni...dia kna syg btol2....dngar dia ckap dia syang wife dia..berbunga hati kita baca..mcm diri sendiri lak kan..hehehhe...best2 ..hakhakhak...hadif dah start caring.....entry ari ni best2..hahahhahahah
khadijah: bunga-bunga cinta...kihkih
salam dik..E3 yg membawa kita tertanya tanya.. apa maunya Hadiff pada aida ni..sekejap layanan nya macam Hitler ..sekejapan juga macam seorg suami yg giler romantik layanannya.. Adakah diantara Zati dan Hadiff telah putus perhubungan mereka..dan kenapakah Hadiff menyatakan yg dia dah jatuh hati pada isterinya pada zati sedangkan dia tahu bahwa Aida mendengar segala perbualan nya nan zati..adakah Hadiff ingin memberitau sesuatu pada Aida..yg dimana pada saru waktu dulu yg dia pernah luahkan ..kalaulah suha itu isterinya..dia akan putus ngan zati dan belajar mencintai isterinya..adakah itu yg dilakukan nya kini..
sejauh manakah perhubungan yg stone cold treatment akan diberikan oleh Hadiff pada Aida semasa mereka berdua sahaja..adakah Hadiff akan meminta haknya sebagai suami pada Aida dan adakah Aida akan merelakannya kerana tuntutan agama melarangnya menidakkan permintaan kehendak batin seorg isteri yg perlu dia sempurnakan...
Ida: Hadif ni masih dalam proses membuat keputusan kak..hihi sebab tu perangainya tidak dapat dijangka..=)
btol 2 kak sue...bunga2 cinta dah berguguran jatuh kat saya..hehheheh..wahhhhh.....=)
Kena start baca daripada bab 1 ni...
Kalau sudi sila “Like” page “Faz&Fyda Collection” dan dapatkan voucher RM30 bagi mereka yang introduce 10 orang kawan dan “Like” page “Faz&Fyda Collection”. Voucher terhad untuk 10 orang terawal sahaja.
Untuk claim voucher, anda perlu meletakkan nama anda dan juga nama kawan-kawan anda di ruangan “komen” post “tudung hanger”, dan boleh terus menggunakan voucher selepas mendapat pengesahan daripada pihak Admin.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan “Faz&Fyda Collection” sempena hari raya aidil adha yang bakal menjelang!
Post a Comment