“Kau
kat mana?!” Soalan kasar memecah gegendang telingaku. Sah! Kalau aku jadi
isteri dia lebih dari setahun telinga aku boleh pekak.
“Dah nak sampai! Kau tunggu aje
diam-diam tak boleh ke?” Marahku pula. Sebenarnya aku bukan nak marah sangat
tetapi sudah biasa apabila menjadi Aida aku akan bercakap seperti ini dengan
Hadif.
Kalau aku menjadi Suha pandai pula
aku menjadi gadis lemah-lembut, sopan dan ayu. Ah, itu memang sikap sebenar aku
okey! Jangan nak buat-buat tak faham.
“Mama dan papa dah sampai. Mereka
sibuk tanyakan kau dari tadi. Cepat sikit, jangan lembap sangat!” Bentak Hadif.
Talian dimatikan. Aku terus
mencampakkan telefon bimbit ke atas tempat duduk sebelah pemandu. Kemudian
kereta aku membelok ke Taman Teja. Setelah melalui dua lorong, aku berhenti
betul-betul dihadapan rumah teres semi-D yang telah disewa oleh Hadif. Kereta
Satria Neo kepunyaan Hadif sedia terparkir di tempat letak kereta di bawah
bumbung rumah.
Aku membaca Bismillah….aku keluar
dari perut kereta dan pintu kereta aku tutup. Sempat lagi aku melihat
penampilan aku menerusi cermin kereta walaupun tidaklah sama jelas dengan
cermin dibilik aku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan langkah kaki kuatur
menuju ke muka pintu.
“Assalamualaikum.” Aku memberikan
salam sebelum masuk ke dalam rumah yang pintunya terbuka luas.
Pandangan mata aku dan Hadif
bertemu. Kemudian dia melarikan anak matanya seperti mencari seseorang yang
bakal muncul di belakangku. Maaflah Hadif. Aku datang seorang aje sebagai Aida.
Suha aku dah tinggalkan dalam tong sampah!
“Waalaikumsalam. Lambatnya Aida
balik? Mama dah lama tunggu tau.” Mama yang datang dari dapur menerpa kearahku.
Aku bersalaman dengan mama dan
berpelukan untuk beberapa saat. Kemudian aku mendekati papa yang juga baru
muncul dari dapur untuk bersalam.
“Aida?” Sepatah perkataan yang
keluar dari mulut Hadif.
Aku buat-buat tidak dengar sahaja.
Kemudian aku terus mengambil tempat duduk disisi mama. Hadif turut ikut duduk
di sofa yang berhadapan dengan aku sambil matanya tidak berkelip memandang. Aku
bukan makhluk asing yang perlu kau tengok macam tu Hadif. Tetapi tidak
dinafikan dada aku berdebar kencang dan tangan aku sejuk seperti tidak berdarah
dipandang sebegitu oleh Hadif.
“Kamu ni kenapa Hadif? Tengok isteri
sendiri pun macam nak telan aje.” Papa menepuk peha Hadif yang berada disebelahnya.
Kemudian papa tersenyum penuh makna. Erk! Perlu ke papa senyum macam tu? Aku
tertunduk menyembunyikan wajah yang malu.
“Dia Suha lah pa.” Hadif berkata
lagi. Sungguh, malang nasib aku mendapat seorang suami yang naif. Ingatkan dia
dah faham. Silap percaturan pula aku. Dasar sengal!
“Amboi ada nama manja pula. Seronok
kan bang tengok pasangan muda sekarang ni.” Mama pula tersenyum manis. Aku
masih lagi tertunduk malu. Malu ke takut? Dua-dua!
“Apa mama cakap ni?” Akhirnya Hadif
mengalihkan pandang ke wajah mama. Dapatlah aku bernafas sedikit apabila tidak
lagi diperhatikan sedemikian rupa. Aku membetulkan duduk dengan harapan akan
lebih selesa berhadapan dengan situasi sekarang.
“Yelah, kami semua panggil Aida.
Kamu tiba-tiba aje panggil Suha. Mana-mana pun tak apalah. Nama dia kan Aida
Nasuha.” Terang mama lagi. Terima kasih mama telah menerangkan kepada anak mama
yang blur. Namun air muka Hadif masih
keruh. Faham ke tidak ni?
“Kenapa tak pakai purdah?”
Soalan itu mengundang ketawa besar kepada
mama dan papa. Malah aku juga tumpang sekaki ketawa. Hanya Hadif yang seperti
mati kutu melihat perlakuan kami.
“Apa Hadif merepek ni? Hadif suka ye
Aida pakai ala-ala Arab masa nikah dulu? Fesyen terkini tu untuk pakaian majlis
nikah.” Papa bersuara setelah ketawa kami hampir reda. Maklumlah, baju
pengantin ungu muda yang kupakai memang pilihan papa.
“Habislah kamu Aida! Suami kamu nak
suruh kamu pakai purdah pula.” Mama masih ligat mengusik apabila melihat aku
hanya diam dan tersenyum. Macam orang bisu pula. Hati yang tadinya resah
gelisah mula sedikit tenang akibat ketawa kelucuan sebentar tadi.
“Pandai Aida hias rumah kan bang?”
Mama bertanya pada papa sambil matanya melihat ke segenap ruang tamu. Semuanya
peralatan moden serba putih ala-ala inggeris, kemas dan bersih. Memanglah
bersih kerana tiada siapa duduk dirumah sehingga hari ini.
“Not
bad. Walaupun papa faham orang belajar macam kamu tak banyak masa nak kemas
rumah.” Papa menunjukkan isyarat dengan menaikkan ibu jarinya kepadaku.
Aku tersengih sahaja. Sememangnya
dari tadi itu perkara yang aku lakukan. Terasa janggal berada dihadapan Hadif
sebagai Aida Nasuha sejati. Tiada lagi yang palsu. Namun aku masih bimbang akan
penerimaan Hadif.
“Kamu masuklah bilik dulu. Rehat dan
tukar baju. Tentu kamu penat baru balik dari kampus. Yelah, Hadif kata tadi
kamu ada group discussion. Petang ni biar mama yang masak untuk kita
semua. Dah siap nanti mama panggilkan kamu ye sayang.” Mama mengelus lembut
rambutku yang panjang separas bahu. Sesungguhnya aku rindukan belaian mak.
“Tak apalah mama. Aida tolong mama
masak. Tapi rasanya tak ada bahan-bahan basah kat dapur tu.” Aku berkata sambil
memandang mama penuh kasih. Mama tidak tumpah seperti mak. Penuh dengan sifat
keibuan.
“Mama, papa dan Hadif dah keluar
beli barang dapur tadi. Tak apa sayang. Mama faham tanggungjawab kamu besar.
Nak belajar dan jaga suami dalam masa yang sama. Dengan umur kamu berdua yang
masih muda ni, mama tak harap kamu jadi suami isteri atau menantu mama yang
sempurna serba-serbi. Cukuplah kalau Aida dan Hadif saling menyayangi dan
belajar rajin-rajin.” Mama menggosok lembut kepalaku. Aku pula selesa
diperlakukan sebegitu.
“Terima kasih mama, papa.” Aku
berkata dan mencium pipi mama. Walaupun ini kali pertama aku buat begitu tetapi
aku berasa senang dapat melakukannya. Mungkin sikap mama yang penyayang
menjadikan aku tidak berasa malu dan kekok untuk bermanja dengannya.
“Masuk rehat dulu okey.” Mama
tersenyum.
Aku segera berdiri dan meminta diri
untuk masuk ke dalam bilik. Langkahku makin laju apabila aku mendengar yang
Hadif juga ingin turut masuk berehat. Mati aku kali ni!
Aku masuk ke dalam bilik dan
cepat-cepat menutup pintu. Niat di hati ingin aku kunci saja pintu ini agar
Hadif tidak dapat masuk. Namun bimbang mama dan papa mengesyaki sesuatu, aku
tidak jadi berbuat demikian. Aku duduk di birai katil. Berdebar-debar hatiku
menanti kedatangan Hadif seperti akan dijatuhkan hukuman yang sangat berat.
Pintu bilik dikuak dari luar. Bunyi
langkah kaki orang berjalan semakin hampir di belakangku. Aku tutup mata
rapat-rapat. Dengan harapan mendapat sedikit kekuatan apabila mata aku buka
kembali.
“Kenapa selama ni rahsiakan dari
saya?” Suara itu perlahan tetapi tegas dan keras.
Lantas aku segera berdiri.
Menjauhkan diri daripada punca suara itu. Aku berdiri di tepi jendela. Membuang
pandang ke hadapan melihat matahari yang masih bersinar cerah. Namun hati dan
fikiranku tidak secerah cuaca di luar.
“Kenapa awak nak main-mainkan saya?
Suka sangat pakai purdah ye?” Soal Hadif sinis. Nada suaranya memang mampu
menggetarkan jantung aku yang sedia mahu luruh ini. Jari-jemari aku ramas. Aku
takut dan tidak mampu untuk menjawab.
Aku hanya kaku seribu bahasa. Diam
tidak berkutik. Hendak jawab salah, tak jawab lagi bertambah salah. Namun aku
sememangnya tidak mampu membuka mulut. Perlukah aku terangkan hal yang
sebenarnya? Perkara yang aku tidak rancangkan sebelum ini telah menjadi sesuatu
yang serius pada akhirnya.
“Aida, jawablah! Selama ni awak tipu
saya hidup-hidup rupanya!” Bentak Hadif sedikit kasar. Hadif sudah tidak boleh
bersabar lagi dengan cara aku yang tetap berdiam diri. Nampaknya inilah masa
untuk aku bersuara agar keadaan tidak bertambah tegang.
“Saya…saya…cuma ingin mendekati awak
sebagai seorang kawan. Bukan memaksa awak menerima saya sebagai seorang isteri
yang tidak rela dikahwini.” Akhirnya aku menjawab walaupun langsung tidak
memandang ke arah Hadif. Aku tidak berani untuk bertentang mata saat ini. Aku
merasakan Hadif mungkin akan bertukar menjadi seekor raksasa yang mampu menelan
aku hidup-hidup!
Terlepas keluhan lemah dari mulut
Hadif. “Dengan cara menipu?” Soalan Hadif membuatkan hati aku bertukar sebak.
Aku juga sebenarnya tidak berniat untuk menipu tetapi semuanya berlaku secara
tidak dirancang. Ah, tetapi memang salah aku.
Aku segera menoleh dan anak mata kami
bertemu buat seketika sebelum aku menunduk memandang lantai. “Saya minta maaf
tetapi saya tak niat pun sebenarnya.” Jawabku perlahan dengan suara yang
sedikit serak kerana menahan tangis. Perkataan menipu yang diucapkan Hadif
ternyata memberi impak terhadap emosi aku saat ini.
“Membunuh tanpa niat pun kena hukum
juga. So menipu tanpa niat tentu ada
hukumannya. Awak jangan ingat akan terlepas setelah mempermainkan saya macam
ni.” Keras suara Hadif seperti seorang hakim di dalam mahkamah sahaja lagaknya.
Aku menelan liur beberapa kali.
Tetapi tekak masih terasa kering. Kena hukuman? Tetapi hukuman apa? Aku mula
berasa resah mendengar apa yang keluar dari mulut Hadif. Rasa sebak yang
bertandang sekejap tadi perlahan-lahan beransur pergi.
Hadif meraup mukanya berkali-kali.
Tiba-tiba dia menghempaskan dirinya ke atas katil. Selamba badak aje nak
baring-baring sedangkan aku berdiri terpacak kat dalam bilik ni. Tak malu
betul. Aku mengutuk di dalam hati. Namun aku masih menanti Hadif membuka mulut
menyambung kata-katanya.
“Hukuman apa? Tetapi saya
betul-betul minta maaf.” Lirih suaraku cuba memohon sedikit simpati setelah
Hadif langsung tidak menunjukkan tanda-tanda akan bersuara lagi.
“Hampir tiga bulan menipu saya baru
sekarang nak minta maaf?” Hadif mencerlung matanya ke arahku. Tajam sungguh
renungannya macam pisau kat dapur tu. Aku jadi serba tidak kena. Aku menggaru
kepala yang tidak gatal cuba mencari idea.
Hadif bingkas bangun dari pembaringannya.
“Saya tahu saya tak layan awak dengan baik selama ni. Tapi itu tidak bermakna
awak boleh menipu saya!” Marah Hadif lagi lantas menapak keluar dari bilik.
Aku akhirnya terduduk di birai katil
setelah beberapa minit berdiri tegak melihat pintu bilik yang sudah tertutup
rapat. Walaupun Hadif tidak bercakap kau-aku seperti selalu yang dia gunakan
untuk berkomunikasi dengan Aida, namun Hadif marah dengan tindakan aku selama
ini. Mungkin dia rasa diperbodohkan dan rasa tertipu.
Tetapi aku akan cari
jalan untuk mendapatkan kemaafan dari lelaki itu....
9 comments:
Alamak sian plak kat Hadiff...ingatkan dah kenal Suha dan Aida tu orang yang sama rupanya dia blur gak...Aida kena buat pandai pujuk Hadiff supaya hatinya pada Aida tak berbelah bagi dengan gfnya. Hadiff pernah kata kalau Suha@Aida tu isterinya dia dah tak nak gf dia lagi...Aida you have be strong...konflik akan semakin hangat...huhuhu
Citer ni makin best la...sure aida akan berusaha utk pujuk hadif...suka..xsbr lak nk tggu next n3.. :)
Tu lah, sarang tebuan jgn dijolok. Kesian Aida, kesian lagi kat Hadif. Kena musyawarah ni baik2..
kesian hadif..takpe pasni aida nasuha kena jadi isteri solehah, guna title isteri tu untuk goda hadif..mesti cair punya.. sbb hadif sukakan versi suha..so be urself.. chaiyokk
kesian kat aida, tapi tu la sapa suh laki dia marah2 dia dulu.. hmmm
hehe..akhirnya keluar jugak entry nih..
ala hadif ni pon satu la,keje nak marah aje...cuba la dgr penjelasan aida dulu kan..
salam..dik..membaca E3 ni terasa bahang kemarahan si Hadiff tu..pada tingkah laku Aida @ suha.. yg memainkan perasaannya..sebgai seorg suami..selama ini..tapi akak rasa dengan jawapan dari Aida pada Hadiff..akak rasa secara logiknya mamat tu akan memaafkan isterinya itu..kerana dalam melontarkan perasaan tidak puas hatinya pada isterinya..dia ada mengatakan bahawa walaupun dirinya tidak melayan isterinya sepatutnya itu tidak bermakna dia boleh menipu..
Sepatutnya Hadiff berbaik sangka dengan isterinya kerana dia sendiri tahu..yg dirinya terlalu ego dan tidak pernah bercakap eluk ngan Aida..tetapi berlainan pula bila dia berdepan dengan Suha.. Kemungkinan Hadiff malu dengan tingkah lakunya yg berbeza bila berdepan dengan Suha..
Apa apa pun akak berharap sangar agar ikatan mereka akan bertambah kukuh dan layanan Hadiff akan berubah bila berdepan dengan Aida dan akak harap Aida tidak akan putus asa memujuk dan meraih cinta kat Hadiff..sebab akak rasa sudah ada tunas yg berputik dihati Hadiff buat Aida..hanya ego dan rajuknya sahaja..yg menghalangnya ..
Aida gunakan segala kegedikans yg ada untuk menawan hati suami ko tu..sesunguhnya ko sudah tahu bahawa bagaimana orgnya siHadiff tu kan..selama 3 bulan ko menyamar diri..dia bukanlah kaki perempuan..dia seorg yg rasional orgnya dan bertanggung jawab.
Teruja nak tahu kesinambungan citer ni..
wah terbaik lah ida..
hehe..btw semua pon tertunggu2 nak baca kesudahan cerita ni..bestnya..tak sabar :)
huhuhu...terkejut ko hadiff...bru tau aida n nasuha org sama..2 la....aggap la bini ko 2 nasuha yg ko knal..pe salahnye..cba lah trima isteri ko..huhuh..tp sian jgk hadif....kna tpu ngan aida.....tp nk wat mcm mna kan...aida@nasuha teringin nk tau suami dia sbnaqnye mcm mna kan..heheheh
Post a Comment