“Apa
pendapat kau orang sekarang ni? Bagilah buah fikiran sikit!” Aku berkata tidak
sabar. Mataku pula melirik kedua-dua wajah dihadapanku yang juga nampak kusut.
“Manalah aku sangka kau pakai purdah
sepanjang bersama dia. Apa kata kau pakai sekarang.” Akma menjawab ragu-ragu
seperti tidak yakin dengan cadangannya sendiri.
“Mana aku ada benda alah tu! Sehelai
tudung pun aku tak ada bawa dari rumah. Kalau ada majlis keagamaan aku pinjam
tudung Ema aje.” Aku menyinsing lengan baju kurung yang kupakai. Terasa panas
berbahang.
“Kau tak cakap dari semalam. Tak pun
awal pagi tadi. Bolehlah aku bawa selendang ke untuk kau pakai.” Giliran Wawa
pula bersuara setelah melihat keadaan masih tegang.
“Tudung tu satu hal. Tutup mulut ni
nak pakai apa?” Aku menjuihkan bibir mungilku kepada mereka.
Wawa menggaru-garu kepalanya
beberapa kali. “Boleh kut guna selendang. Aku tak pernah buat tapi rasanya
boleh.” Wawa cuba buat-buat yakin dihadapanku.
“Tapi mana sempat sekarang ni. Apa
pun tak ada. Nak suruh kau orang buka tudung bagi aku pinjam memang tak
mungkinlah kan.” Aku menggelengkan kepala.
“Baik kau ambil esok ajelah sticker tu. Aku dengan Wawa akan tolong
pakaikan purdah untuk kau. Kalau kena tahan dengan unit keselamatan hari ni,
bagi tahu aje kau belum sempat ambil daripada suami kau.” Selamba Akma membidas.
Peraturan berkenderaan di dalam
kampus memang agak ketat. Kereta yang melalui pintu utama untuk keluar masuk
akan diperiksa. Kenderaan milik pelajar yang tidak mempunyai sticker dengan mudah sahaja boleh
disaman oleh unit keselamatan universiti.
“Kalau aku kena saman?” Aku menyoal
macam orang tidak tahu berfikir sendiri.
“Kau bayar ajelah. Tak cukup duit,
minta suami kau,” ujar Wawa pula.
Akma tersengih menampakkan barisan
giginya. Geli hati dengan jawapan yang diberikan oleh Wawa tadi. Namun dia
mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Wawa.
“Apa-apa ajelah. Okey aku balik dulu
ye. Nanti dia nampak kereta aku kat sana, kantoi
hari ini juga aku dibuatnya.” Aku berkata segera bangun dan bersalaman dengan
mereka.
Laju langkah kaki aku hayun menuju
ke tempat letak kereta dihadapan perpustakaan. Nasib baik hari ini aku pakai
sandal sahaja. Kalau pakai kasut bertumit memang terpelecok kaki aku yang
berjalan macam pelumba jalan kaki sahaja lagaknya.
Aku menekan punat kunci. Kemudian
tangkas aku membolos masuk ke dalam perut kereta. Enjin aku hidupkan dan aku
menekan butang alat penghawa dingin. Aku bersandar seketika melepaskan lelah.
Penat berjalan, laju macam dikejar hantu.
“Tok! Tok!”
Cermin tingkapku diketuk dari luar.
Aku menoleh. Hadif! Mati aku! Mati. Kemudian perlahan-lahan aku menekan punat
untuk menurunkan cermin tersebut.
“Awak siapa?” Aik? Pandai pula
lelaki ini cakap elok-elok. Aku menarik nafas lega. Ingatkan nak kena marah
tadi.
“Saya kawan Aida.” Jawabku lembut
sambil cuba memberikan senyuman.
“Mana dia?” Hadif masih berdiri
tegak sambil membongkokkan badan sedikit untuk bercakap denganku.
“Dia ada kat perpustakaan.” Aku
menjawab sambil melarikan mata memandang ke hadapan. Takut kalau lama-lama
berpandangan dia boleh kenal dengan sepasang mata milikku.
“Pandai-pandai aje bagi orang pinjam
kereta. Awak tahu saya siapa?” Hadif bersuara dengan muka yang serius.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
Menipu lagi Aida. Padan muka kau!
“Awak suami dia, Hadif.” Aku segera
menjawab malas untuk berfikir.
Riak wajah Hadif berubah. Dapat aku
baca dia ternyata terkejut dengan jawapan yang aku berikan. Hah, dah gatal
sangat tanya aku tahu ke tak dia tu siapa. Aku bagi aje sedas!
“Mana awak tahu?” Hadif mengerutkan
dahi.
“Saya…saya kawan baik dia. Saya
datang masa majlis nikah tempoh hari. Maaflah kalau awak tak suka tapi saya
memang tahu semua cerita kamu berdua dari awal lagi.” Dengan tangan yang
berpeluh dan rasa gementar aku luahkan apa yang terlintas dalam kotak fikiran.
“Ingatkan dia tak jemput kawan-kawan
masa pernikahan kami…” Hadif membalas perlahan sambil menundukkan wajah. Tidak
dapat aku baca apa perasaan dia saat ini. Marah ke?
“Hanya kawan rapat.” Bidasku yakin.
“Nanti bagi dia sticker ni. Pesan pada dia jaga kereta elok-elok. Jangan selalu
bagi orang pinjam.” Hadif berkata sinis sambil tangannya mengeluarkan sesuatu
dari dalam poket baju kemeja warna kelabu yang dipakai.
Lidahku
mati untuk berkata-kata. Aku hanya diam seribu bahasa dan menyambut huluran
yang diberikan oleh Hadif. Kemudian memandang susuk tubuh lelaki itu yang
berjalan menuju ke keretanya. Aduh! Kenapalah aku tak perasan kereta dia ada
kat situ tadi. Aku menepuk dahi. Namun aku kini mampu menarik nafas lega kerana
semua yang aku takuti telah selesai. Penyamaran tidak terbongkar dan sticker pun telah berada di tangan. Good job Aida!
Setelah kereta lelaki itu berlalu
pergi, aku terus melekatkan sticker
di cermin hadapan bahagian hujung sebelah kiri. Kemudian senyuman puas
tergambar di wajahku. Aku bersandar lagi. Menutup mata sejenak. Menikmati rasa
lega dan tenang yang entah berapa lama dapat bertahan sebelum muncul masalah
baru. Mata aku masih terbayang raut muka dan penampilan suamiku tadi. Kalau dia
bercakap dengan aku elok-elok macam yang dia lakukan sebentar tadi tentu aku
senang berada disisinya. Walaupun aku bukannya peminat Baim Wong.
Sebiji ke?
Mirip sangat!
4 comments:
Salam. Ermmm...nape pendek sangat...
wsalam seri ayu..a'ah bab 17 ni terpendek pulak dr biasa..hihi xpe nnt bab 18 pnjg mcm slalu =) tQ baca
a ah mmg pendek pon entry nih...xpuas baca..hehe
x nak bayangkan muka cam baim wong. nak bayang kan macam fizooo, baru ada feel baca haha :D
Post a Comment