Shiz hanyalah seorang pencinta karya yang ingin berkongsi cebisan kisah yang dapat memberikan inspirasi serta motivasi terhadap pembaca. Yang baik semuanya dari Maha Pencipta, dan segala kekurangan harap dapat diperbaiki... =) Happy Reading semua...

Monday, July 30, 2012

Sinopsis Bukan Isteri Pilihan


            “Kau pernah tengok gambar aku?” – Aida Nasuha

“Tak perlu. Kau buruk macam mana pun aku tetap kena kahwin dengan kau. Keputusan papa muktamad. Jadi aku malas nak buang masa tengok gambar kau!” – Hadif Rizqie

Perkahwinan yang tidak dijangka telah berlaku seawal usia Aida Nasuha mencecah dua puluh satu tahun. Kehidupannya sebagai seorang mahasiswi terganggu akibat Hadif yang menuntut di universiti yang sama. Namun Hadif langsung tidak berusaha untuk mengenali bakal isterinya itu sehinggalah hari perkahwinan mereka, Aida Nasuha yang sebenarnya tidak bertudung menggayakan ‘purdah’ untuk menyamarkan diri. Malah setelah berkahwin mereka tetap tinggal di kolej seperti biasa, meneruskan kehidupan masing-masing sebagai seorang pelajar tanpa mempedulikan antara satu sama lain.

“Jaga dan pelihara perkahwinan seperti kamu meletakkan seluruh nyawa kamu ke dalamnya.” – Mak

Kerana pesanan mak, membuatkan Aida Nasuha nekad mendekati Hadif Rizqie sebagai teman dengan menggunakan identiti dirinya yang sebenar. Seorang gadis yang tidak bertudung, berpakaian fesyen terkini, manis, bijak dan ceria. Tetapi dia menukar namanya menjadi Suha. Apakah akan berlaku apabila Hadif mengetahui bahawa Suha sebenarnya adalah Aida, isterinya yang telah dinikahi? Mampukah terbit rasa kasih seorang suami terhadap isteri yang bukan pilihannya? Bagaimana dengan Zati yang telah menjalin kasih selama lima tahun bersama Hadif? Kehadiran Adli telah mengundang marah Hadif, tetapi kemunculan misteri lelaki bernama Fayyad membuatkan Aida susah hati. Mengapa?

***Ikuti kisah suka duka Aida Nasuha di dalam karya BUKAN ISTERI PILIHAN yang akan dimuatkan disini bab demi bab atau di laman web www.novelmelayukreatif.com =) happy reading!

No comments: