Assalamualaikum
Dua hari lepas Convent Girls terima berita yang amat-amat menyedihkan. Rakan sekelas kami Gun committed suicide. Semalam berita tentang Gun keluar kat Metro. Terjun dari tingkat lima kondo yang dia duduk. Semua dari kami dilanda kesedihan yang teramat. Gun meninggalkan dua orang anak yang masih kecil...
Dulu, rakan-rakan sekelas semua akrab. Susah senang hadapi bersama. Seriously tak wujud zaman mengumpat orang sana sini atau tikam belakang. Semua rasa macam adik beradik je weh. Kalau yang berperangai camtu pun budak kelas bawah-bawah..itu pun segelintir sahaja. Lain semua beradab. Ternyata didikan kat sekolah tu memang memberi kesan. Rasa berbeza la sebab shiz masuk tingkatan enam di sekolah lain. Boleh nampak culture tu memang lain.
Now semua 3 series.....telah bermacam liku onak ranjau yang kita tempuhi dalam mencorakkan masa depan kita sendiri. Tanpa kekuatan dan kecekalan kami takkan mampu berada di tahap kami berada sekarang. Dalam dunia yang serba berubah, penuh kemelut dan ketidaktentuan yang tidak berkesudahan, manusia mungkin kehilangan tujuan hidup.
Hati yang suci boleh menjadi benci...senyuman yang luhur boleh menjadi kaku...mata yang bersinar menjadi layu...jiwa yang bebas jadi terbelenggu...
Mungkin kami semua tak tahu situasi sebenar saat itu...tetapi Gun yang kami kenal takkan buat perkara macam tu...selama kami kenal dia, dia langsung tak pernah marah. Kena buli pun senyum je. Sehingga saat ini kami masih menantikan keluarga Gun update tentang perkembangan kes. Satu-satunya orang yang ada bersama dia semasa dia terjun tu adalah suami dia. Katanya cuba menghalang tapi gagal. Ermmmm...jauh dalam hati kami berharap yang semua tu tak benar. Gun mungkin ditolak...sebab Gun kuat...dari kecik dia hidup susah dan dia mampu meneruskan hidup walau ke sekolah dengan pakaian yang tak seperti orang lain. Dia lulusan dari UPM...dah bekerja, makin cantik dan selesa dengan hidup sekarang berbanding dulu.
Walau sebesar mana pun dugaan, ternyata hidup dia lebih baik dari dulu... Gun takkan sia-siakan semua usaha dia macam tu aje. Memang Gun dah separated but not divorced. Tapi dah lebih setahun. Kalau betul Gun patah hati dari awal dia dah buat. Tak perlu tunggu setahun lebih.
Dulu, kami semua ingin mencorak sebuah kisah klasik untuk masa depan. Sebab apa yang jadi akhirnya satu journey yang sangat berharga. Kawan kami yang paling cantik la zaman sekolah dulu, paling ramai boyfriend akhirnya kahwin yang paling lambat antara kami...kawan yang tak pernah bercinta, tak pernah ada kawan lelaki, antara yang kahwin paling awal! Kawan yang dulu tomboy habissss, siap ada girlfriend lagi, akhirnya berubah dan sekarang dah beranak tiga. Kawan yang paling nakal dulu akhirnya jadi cikgu...kawan yang paling pandai akhirnya bekerja biasa-biasa, tapi kawan yang biasa-biasa dulu akhirnya berjaya...banyak...terlalu banyak kisah klasik kami untuk dicoretkan...
Kebahagiaan bukanlah satu destinasi...tetapi adalah satu proses...satu perjalanan yang penuh dengan perjuangan...Dunia ini fana...dunia ini mengaburkan mata...jika sampai di satu persimpangan, mungkin kemuncak liku dalam kehidupan, jangan kau patah hati...tetaplah terus berjalan kerana yang abadi hanya ada di alam sana. Dunia ini pinjaman...hanyalah sementara...jangan kau lupa TUJUAN terciptanya makhluk bernama manusia...ini adalah pentas dugaan, pentas ujian. Kau hanyalah pelakon sedangkan pengarahnya ada di atas sana. Ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya telah tertulis di luh mahfuz. Itu semua di tangan Tuhan. Apa yang ditangan kita, cubalah usahakan yang terbaik...bersyukur dan redha walau apa pun ketentuan yang diberi. Ingatlah, semakin besar dugaan kita jika kita tetap terus bersabar semakin tinggi darjat kita di mata Allah...insyaallah